Assalamualaikum,
pasti anda semua seronok bakal menghadapi syawal esok,
bakal memakai baju baru,kasut baru,tudung baru,
solat sunat hari raya,bagaimana pula dgn khutbah raya?
duit raya,bagaimana pula kemaafan yg dipohon semasa hari raya bahkan bukan sahaja pd hari raya kita perlu saling meminta maaf.
mungkin saya agak terlambat kerana jam sekarang menunjukkan jam 0253
tp masih kedengaran bunyi mercun,
mungkin mercun untuk mengejutkan org kiamullail
saya ingin berkongsi dgn anda sesuatu yg mungkin boleh mmuatkan kita
bersama-sama merenung kembali,bermuhasabah,beristighfar.
Muhasabah!perkataan itulah yg sering menyakitkan telinga
"bila dah muhasabah ,sama je,buat balik"
"ala.camne?ce cakap sikit.tak feel pun bila muhasabah"
atas cara apa anda bermuhasabah?
adakah waktu itu anda benar2 ikhlas bermuhasabah diri atau sekadar mengikuti program muhasabah diri?

tahukah anda ? para salafussoleh zaman dahulu bermuhasabah diri,dan kurang drpd 24 jam, mereka sempat mengubah sikap mereka.
Saidina Umar Al-Khattab Al-Faruq ada berkata :
Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini.
Baiklah!
Apa yg perasaan anda selepas melihat gambar dan kenyataan ini?
Pertama kali saya melihat gambar ini,
air mata deras mengalir melalui pori pipi
Emosi wanita saya terusik
terus dibiarkan air mata ini mengalir
nak dilihat apa yg terjadi di Youtube,
tidak saya berani membukakan mata melihat sendirian, melainkan dgn kawan2.
oh!adakah anda tahu apa yg sedang terjadi di sana SEKARANG?
kita hanya berjiran.
tidak mungkin sudah sebulan berlalu cerita itu.
saya rasa majority drpd anda tahu!
tp kita sama2 tidak berdaya melakukan apa2.
Hanya mampu meminta kepada Yang Maha Kuasa.
Ya,itulah lumrah hamba.
meminta meminta dan terus meminta.
tapi berapa ramai yg turut merasai penderitaan mereka?
berapa ramai yg menangisi penderitaan mereka?
berapa ramai yang menDOAkan mereka?
Adakah kita tahu bagaimana Ramadahan yang mereka lalui?
mereka sahur apa?
mereka iftar apa?
dapatkah murtabak,cendol,roti john,ikan patin masak tempoyak?
terawihnya di mana?
adakah di bawah sinaran chandelior masjid serta penghawa dingin yg mem'bugar'kan mata?
menjelang pula syawal.
dapatkah mereka makan kuih raya?
buat apatah lagi?
adakah kanak-kanaknya dpt duit raya?
yg hiba,adakah mereka dpt beraya bersama KELUARGA tercinta?
Allah!
peristiwa ini sama sahaja sebagaimana di Syria dan juga yg semakin dilupakan...
Gaza!
Inilah agenda yahudi!
mencetuskan perbalahan umat Islam di merata tempat
bg mengalihkan pandangan umat Islam
KIranya,sudah tiada apa2 yg berlaku kerana TIADA berita!
Andai kita tidak mampu ke sana,cukup di sini berdoa
itu sudah cukup baik drpd tiada!
Ingatlah!Setiap kesenangan dan nikmat yg Allah bagi,
pasti ada org yg menginginkannya.
Setiap bala dan ujian yg Allah bagi,
pasti ada org yg lebih parah ujiannya.
"Allah,kau tiupkan semangat jihad buat mereka,berikan keyakinan buat mereka,berikan kesabaran buat ahli keluarga mereka,tempatkan mereka bersama orang2 yang beriman dan para syuhada'"
-Amin-
Kita beraya dgn gembira,bertandang ke rumah sanak saudara sana sini,
bagaimana dgn anak2 yatim piatu?
mereka beraya bersama siapa?
Allah,kau berikan mereka tempat di syurga kelak!
adakah anda sedar yg Ramadhan sudah meninggalkan kita?
Ya,anda sedar!saya sedar!kita semua sedar!
bagaimana Ramadhan anda?
Adakah sekadar puasa kerana wajib atau sebaliknya?
Terus terang saya katakan,Ramadhan saya tahun ini hambar
kerana tidak sekali saya membuat kiam
Mungkin ini rezeki buat saya kerana uzur agak lama
dan apabila ada kesempatan,tiupan nafsu terlebih dahulu membelai muka
Tidak mengapa.
saya yakin ini pasti ada hikmahnya.Pasti!
Dan,
saya bertekad utk meneruskan istikomah itu dlm bulan syawal dan berikutnya!
pada anda yg Excellent Ramadhannya,Hanya Allah yang tahu!
tp jgnlah hanya excellent di bulan Ramadhan sahaja,
harus disambung ke bulan2 berikutnya.
Mari kita sama2 cuba!cuba utk
Marilah bersyukur atas setiap nikmat!
Renungan ini buat kita bersama,
Bersama mencapai redha-Nya!
In Sya Allah!
No comments:
Post a Comment
I do appreciate every single effort
you put to scroll my posts.
Do comment :)