Saturday, December 7, 2013

Belajar daripada kematian

Aku sgt yakin ramai org yang memang maklum dgn sesuatu yg menggemparkan Malaysia,
yg bakal aku utarakan dlm post kali ni,
khususnya golongan muda, 
khususnya yg belajar di luar negara,
khususnya yg punya semangat juang&korban utk agamanya,
iaitu...
perginya seorang pemuda bernama 
Ahmad Ammar Ahmad Azzam
yg menemui Rabbuljalal pada Oktober lepas 
sewaktu kami calon SPM sibuk bersenggang mata mnghabiskan waktu utk study


Rasanya terlalu lambat kalau nak cerita pasal arwah,
namun tujuan sebenar bukanlah itu,
sebab semua org tau kisah arwah.
tp
 utk mengulas dlm kaca mata aku sendiri ( mmg tgh pakai cermin mata ni.gurau. )


Aku antara org yg paling bersemangat kalau cerita pasal arwah,
macam pernah kenal. padahal tak sempat kenal pun.
macamane boleh jadi terlalu excited ?
aku pun taktau.
takde siapa yg tau mungkin.


betul la kate Ustaz Hasrizal,
kematian arwah ialah kematian yg menghidupkan.
semasa hayatnya, tak dikenali orang, matinya mnjadi selebriti penduduk bumi dan langit.
yg menangisi pemergiannya tu, bukan cuma ahli keluarga dan rakan2 terdekat,
tapi turut sama org yg tak mengenalinya

kadang2 rasa pelik,
"macamana boleh menangis deras ni? menangis utk kehilangan seseorang yg tak pernah dikenali langsung"
betul. ajaib.
rezeki Allah utk Sang Syahid kata Ustaz Hasrizal.
Aku yakin, majoriti yg menonton videonya, 
mengalirkan air mata, 
kalau tak pun, mesty terasa sesuatu.
terasa pada hati.


Seperti yang kita maklum,
arwah merupakan anak kpd pengasas GPTD (grup penjejak tamadun dunia)
Tn Hj Ahmad Azam,
dan arwah pula merupakan korespondan GPTD di Turki.

Aku amat tertarik dgn pendekatan @ matlamat GPTD 
yg dilihat pd kasarnya,
mengkaji jatuh bangunnya sebuah tamadun yg pernah wujud pengaruh Islam yg gemilang padanya,
dgn keyakinan tamadun ISLAM tersebut akan dpt diwujudkan utk dunia kini.
sebagaimana jawapan arwah kpd kwnnya yg bertanyakan sebab arwah ambik sejarah sebagai stream masa belajar kat Turki


Turki ni dulu prnah jd pusat Dunia Islam 600 tahun, xde kuasa dunia yg lg lama drpd tu, Negara lain pun respect n tunduk dgn Turki, knapa kita x bngga, tu sjarah kita. kita boleh kmbalikn balik sjarah tu. lpstu kita ni da blaja tinggi2 last2 org yg blaja lebih2 kurang plak control kita.
                                                                                                 -Ahmad Ammar Ahmad Azam-
Ini merupakan pendekatan dakwah yg berbeza bg aku
Mana ada budak muda yg berminat nak ambik sejarah sebagai main stream kat U
mesti fikir2 jugak, nak keje apa la nanti.
nak mengkaji sejarah negara lain, dgn nak baca sejarah masa SPM yg cuma dua buku teks tu pun malas,
confirm kalau dberi pilihan, 
subjek sejarah diletak paling bawah sekali dalam list nak pilih course kat U nanti.
Bahkan, org2 sekeliling akan pandang dgn pandangan yg sgt pelik,
belajar pandai2, cuma ambik sejarah?


Pada kita, sejarah tidak akan berulang.
Namun, pada org yg lain, dia yakin sejarah itu mampu dikembalikan,
dan dia berusaha ke arah itu,
namun, dihentikan oleh suatu yg tidak boleh disangkal manusia,
apakah petandanya itu?
tandanya,
 inspirasi buat semua orang khususnya bakal pemegang tampuk pemerintahan negara,
utk meneruskan misi itu, walaupun tak serupa tapi sama.
sama matlamatnya.

Mungkin, ramai yg menganggap ..
Syahidnya arwah, seolah-olah hilangnya seseorang yg bakal memimpin remaja-remaja Islam yg lain.
sesekali TIDAK!!
Bahkan merupakan pemangkin kepada lahirnya lebih ramai Ahmad Ammar selepas ini.
Bayangkan..
abad ini, 
ada seorang pemuda,
hasratnya adalah utk menjadi seorang gabenor bank.
yang suatu hari nanti mampu menghapuskan riba di seluruh bank

seorang pemuda yg lain pada abad yg sama,
berhasrat utk menjadi polis 
utk menghapuskan semua kumpulan kongsi gelap, golongan korup yg laparkan rasuah, meruntuhkan semua kilang arak, mengharamkan secara shadid pembukaan kelab2 malam ,

seorang pemuda,
menjadi ahli politik
masuk ke dalam parti politik utk menghapuskan jurang antara kerajaan dan pembangkang
sehingga hapusnya fitnah memfitnah antara kedua-dua pihak

dengan berlandaskan syariah yg benar,
sentiasa menjadikan ulama' tempat rujukan utama,
berpandukan al-quran dan as-sunnah
berpaksikan kebenaran, ketaatan, tawadhu' kepada Allah,
dalam waktu yg sama,
tidak mampukah kita para pemuda mengembalikan kegemilangan Islam di negara kita?
tidak mampukah kita pemuda, meneruskan episod perjuangan dakwah Rasulullah?


Semua ini sudah tersemat rapi dalam hati setiap pemuda
aku yakin,
tggal berani utk menggagahkan diri berjuang ats nama Allah
berani menghadapi tohmahan orang
berani melawan hawa nafsu dan godaan syaitan
dan paling penting..
BERSATU!
bersatunya ummat Islam. .
memang payah.
namun kekadang yg payah tu la yg berhasil.



Sekarang ni, kalau nak ada pendakwah,
bukanlah mereka yg duduk solat baca quran di rumah, pergi masjid semata-mata.
tapi, zaman millenium ni, 
pendakwah itu harus ada dalam kalangan doktor, usahawan, jurutera, arkitek dan profesion yang hebat2 yg menampakkan kehebatan Islam dalam melahirkan generasi yg berguna utk ummatnya.
Di mana, 
para jurutera, doktor dll profesion tu,
sekurang-kurangnya menunjukkan akhlak seorang muslim yg betul
dan meletakkan Islam sebagai prioriti dalam melakukan sesuatu



Bagi wanita,
jgn rasa kita lemah dan tak mampu bergerak.
sekiranya betul kita tak keluar rumah pun nanti,
sekurang-kurangnya, 
lahirkan anak yg bakal kita didik menjadi pemuda yg cintakan syahid.
yang mencintai Allah dan Rasulullah S.A.W
sedari kecil. 
pentingnya pendidikan awal di rumah.



مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ وَيُشَرِّكَانِهِ

"Tidaklah seorang bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah, maka Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Musyrik." (Hadis Riwayat di dalam sahih Muslim)


Jangan kita mengharapkan org yg mmg alim dan para hafiz yg arif tntg agama je utk membantu Islam,
kita kena yakin yg kita mampu menjadi sprti mereka.

Perjuangan utk Islam itu tidak patut berhenti,
selagi ajal belum meniti.
aku suka kata2 Almarhum Ahmad Ammar ni ..

"Hidup di dunia utk berpenat lelah , berjuang. Rehat kita kat syurga nanti"


Semoga bermanfaat :)
Mohon teguran utk kesalahan.

3 comments:

I do appreciate every single effort
you put to scroll my posts.
Do comment :)