There's always an idea popped out in my mind
whenever I am in some certain situations,
somehow they're wandering without conscious direction,
moving and slightly enter the deepest heart of mine
and yet BINGO!
the warm crystal waterfall flow out!
Introduction yg 'outlandish' sungguh,
Padahal tak menyentuh mana pun hati ini.
Betul.
Memang senang bila kita ckp,
"lepas ni aku nak buat post sekian sekian sekian"
tp bila muka dah memandang dashboard yg putehoren tu,
payahnya sampai kau boleh tinggal je tab dashboard tu sampai pagi sbb pergi bukak benda lain.
Tp tak semua org mengalaminya.
Mungkin seorang,
Mungkin sekelompok,
Mungkin juga tiada,
Bagi yg tak mengalaminya,
TAHNIAH!
Anda berjaya mengemudi blog anda dgn baik
Bagi yg mengalaminya,
kita seri!
Dulu,
memang senang sgt cerita itu cerita ini dalam blog,
kerana matlamatnya tiada.
Sekadar suka suka.
Ada org nak baca, baca.
Tak ade org nak baca, aku panggil org baca. *bagi naik traffic blog*
Tapi,
Sekali dah letakkan atas tujuan apa kau berblog ni?
Ingat senang senang jari jari kau lari atas keyboard tu?
Lari memang lari.
Tanpa makna yg hakiki,
Penulisan yg kau lakari,
Untuk hati yg sepi.
Kerana setiap inci ayat yg kau tulis,
Kadang memberi sejuta makna untuk insan.
Kadang mengubat hati yang pengsan.
Kadang memberi pedoman.
Kadang menyeru orang kembali menghadap Tuhan.
Oleh itu,
maafkan aku blog.
Kerana tujuan asal pembikinanmu bukanlah tujuan yg sekarang aku damba.
Maka kau aku tgglkan lama,
kosong . tanpa makna .
Kerana aku perlu masa,
Untuk melakar sesuatu yg berguna.
Kerana baru ku sedar,
bukan calang calang ayat aku boleh tulis,
Ilmu di dada pun nipis,
Seram jadinya nak menulis,
Aku baru terperasan mungkin,
bukan senang senang kita buat blog kalau tak cukup ilmu dan seni .
Contoh, blog memasak.
Antara blog yg aku selalu kunjungi ialah
My resipi
Semua org boleh berkongsi resepi .
Namun, percaya tak percaya, org2 yg berkongsi resepi tu mesti mempunyai ilmu yg mantap tentang masakan.
Tahu segala jenis bahan yg sesuai utk dimasukkan ke dalam masakan.
Juga, mempunyai seni dalam masakan.
Contoh seni dalam masakan ialah berapa kuantiti garam yg perlu dimasukkan ke dalam masakan?
kerana rata rata para pemasak (read tukang masak) akn ckp "garam letak agak agak"
Kerana 'agak agak' itulah, masakan jadi sedap.
Kerana seni 'agak agak' itu, makanan itu memberi manfaat yg besar kpd si pemakan.
Seorang daie itu juga ,
perlu punya ilmu dan seni.
Ilmu tentang agama.
Seni memimpin ummat
Kerana menjadi daie itu kemestian,
bukan pilihan.
Daie yg bagaimana?
Daie yg memberi manfaat kpd ummat.
Daie yg memaksimakan kebolehannya dgn sebaik mungkin.
Kerana membantu agamaNya,
Perlu kematangan, akhlak dan skill.
Dan,

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
Mohon Allah lindungi.
Saya masih lemah.
Saya masih mentah.
Tapi kerana ku adaMu.
Ku kan kuat untukMu dan agama pilihanMu ini.
Teruskan menulis farasye :)
ReplyDeleteI'm touched. jazakillah khir sister. ^_^
Deletealhamdulillah. terusssssssskan ! saya sokong. :)
ReplyDelete