Saturday, April 5, 2014

Belajar dengan alam, belajar dengan orang kaya



Kekangan internet yang melanda di rumah,
sememangnya mengajar saya sesuatu .
Juga mengajar mereka yang pernah menghadapi perkara yang sama macam saya.

Well, dalam sehari hidup kita, mesti ada perkara yg Allah nak ajar.

menguji kesabaran,
menguji keprihatinan terhadap masa senggang

Apa yang saya boleh kata,
ia sebenarnya membuatkan saya menghargai masa yang ada.
Kerana keperluan saya yg memerlukan saya utk online pada waktu2 tertentu,
membuatkan saya menghargai setiap nilai rezeki yg Allah masih kurniakan terhadap saya.

Masih diberi rezeki untuk mengisi minyak kereta,
Masih diberi ruang dan peluang untuk online di tempat tempat public
Yang mana baru saya sedar, inilah peluang untuk melihat dan bermuamalat dengan masyarakat sebenar,
Untuk terus menimba pengalaman dan ilmu daripada alam dan sekeliling.
Hakikat seorang daie.

......................................................................................

Saya pernah melihat seorang ibu berwarga Cina yang membawa anak-anaknya belajar di KFC,
barangkali untuk mendapatkan suasana yang santai ketika belajar.

Saya memerhatikan, masyarakat yang tidak sabar menunggu traffic light
Masyarakat yang tidak faham dengan ketidakbiasaan individu yang mempunyai lesen P tertera pada cermin kereta, tentang jalan-jalan yang sibuk, jalan sehala.

Saya baru tau ada individu yang harus bekerja malam, maka pada siangnya dia tidur .
Terbalik dengan konsep tujuan Allah menciptakan siang dan malam

Saya belajar dengan orang kaya,
di mana, perasankah anda ?
Orang kaya membeli rumah yang sangat besar dengan deco yang tiptop, yang mana harganya juga tiptop.
Tapi mereka tetap membeli perabot yang mahal, baju yang mahal, makanan yang mahal.
Mereka tiada berkira kira untuk membeli segala yang mahal
*sila tolak tepi sekiranya tujuannya adalah untuk bermegah megahan*

Ini adalah konsep orang kaya yang normal.

Begitu juga kita , yang mana kita sering berkira untuk beribadah lebih, apabila badan sudah terlalu penat dan tidak larat.
Jadilah seperti orang kaya,
Sudahlah rumah mahal, barang yang nak dibeli juga mahal.
Sudahlah penat, maka tambahkanlah terus amal dan ibadah.
Kerana tenaga yang kita guna untuk terus beramal dan beribadah pada hari akan datang, datang dari siapa?

..........................................................................................

Rupanya, masa kita di dunia ini, Allah jadikan sempat saja untuk kita terus

beramal
belajar

Beramal bukan menuntut kita untuk mencari pengemis, dan menghulurkan wang.
Belajar bukan sahaja menuntut kita untuk berada di dalam kelas, megikuti pengajian yang sedang diajar.

Nyata, belajar dengan alam sangat menyeronokkan,
sangat menginsafkan.
membuatkan diri sedar hakikat hamba .



Bagaimana boleh kata,
" tak ada masa lah nak buat tu "

Kerana masa itu Allah yang tetapkan,
Keberkatan daripada masa juga, Allah yang beri,

Bagaimana boleh kata,
" tak ada masa lah nak buat tu "

.........................................................................................

Sungguh, masa itu mencukupi .
Kita lah yg menjadikannya tak cukup.

Janganlah berkira kira untuk menjadi abid yang konsisten dengan ibadahnya,
kerana keberkatan masa itu, anugerah Allah.

Janganlah berkira kira nak melakukan amalan sunat selain di masjid dan ketika ramai orang melakukannya,
kerana siapa kita nak berkira dengan zat yang telah mencipta kita ?
yang terus memberi kesenangan walaupun ketika kita lupa kepadaNya tatkala kita senang.

Jangan berkira.


A056
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.


Jom lumba !

Thank you Allah for this opportunity!


No comments:

Post a Comment

I do appreciate every single effort
you put to scroll my posts.
Do comment :)