Friday, June 27, 2014

Terima Kasih Awak yang tak Sefikrah dengan Saya :')


Detik kita melihat kita lebih baik, paling bagus ,
daripada orang lain,
Di situlah sebenarnya terletak kelemahan kita.

Kadang , payah untuk kita terima suatu keadaan,
yang manusianya, tidak sefikrah dengan kita.
yang selalu bercerita perkara lagha (sia sia).
yang ibadahnya tidak terjaga.
yang hanya tahu menasihat, 'tapi tak serupa bikin'.
the list goes down.

Waktu itu, tanpa sedar,
kita mula membanding bandingkan kebaikan diri
yang tidak seberapa ini dengan mereka yang
kononnya tidak sefikrah dengan kita tadi.

"Aku selalu qiyamullayl.
Lepas maghrib mesti sentuh Al-Quran.
Walaupun sibuk macamana pun belajar,
aku tetap akan baca majalah Islami
untuk meningkatkan thaqafah pemikiran aku.
Aku menjaga adab ketika bergaul dengan lelaki.
Weh, tolong la jangan cakap pasal lelaki
banyak sangat. Lagha tau tak?. Lagha."

Sentapan demi sentapan melalui hati
yang tidak terluah dek mulut, takut berapi.

...................................................................




Detik kita melihat kita lebih baik, paling bagus ,
daripada orang lain,
Di situlah sebenarnya terletak kelemahan kita.

Kenapa tidak dilihat dari segenap sisi yang lain?

Bukankah, tanpa mereka yang tidak sefikrah dengan kita tadi,
hadir dalam kehidupan kita,
yakinkah akan kita sedar bahawa kita juga dulu seperti itu.
Kita juga sama . Kita juga pendosa . Kita juga tidak sefikrah
dengan insan insan yang sudah terlebih dahulu berfikrah islamiah?

Tak ke?

Bukankah patutnya kita berterima kasih kepada mereka?
Bersyukur kepada Allah menghadirkan mereka dalam hidup kita
untuk kita kembali merenung diri kita yang sudah 'cukup baik' ini.

............................................................................

Tetapi, adakah kita hanya sekadar berpeluk tubuh
membiarkan mereka bersusah susah meniti jambatan api,
sedang kita bergelak ketawa happy happy atas tilam ais?

عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ
فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ

Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran
maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya
sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah
dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu
maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman
Hadis sahih riwayat Muslim




Berdoalah untuk mereka supaya
'kak hidayah' datang mengetuk jendela.

Kerana tanpa kita mendapat hidayah
suatu masa dahulu,
kita juga adalah sama seperti mereka.
SAMA.

Maka tetaplah harus berdoa agar hidup
ini sentiasa dilimpahi hidayah daripada-Nya.
Kerana Dia boleh tarik sahaja bila-bila pun
'kak hidayah' ini.
dengan kehendakNya.
Sungguh. Allah Maha Kuasa . Allahu Rabbi.

"Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk." (Al Qalam : 7) 

Hidayah itu bukan milik kita.
Bahkan, bukan kita yang memberi hidayah tu.

Allah Maha Mengetahui , mana yang terbaik buat hamba hambaNya.

..............................................................

Dari meja penulis :

Maaf yang teramat sangat dipinta atas segala keterlanjuran 
kata dalam blog ini, 
ataupun keterlewatan meng'update' blog eventhough
nobody cares. But I do care :)

Memandangkan kita amatlah hampir dengan bulan Ramadhan.
Let's strive bebeh.


2 comments:

  1. Deep sedeep deepnya. Big thanks kak farasye :)

    ReplyDelete
  2. mashallah.Alhamdulillah :)
    jzkk awak. bittawfiq wannajah utk spm :)

    ReplyDelete

I do appreciate every single effort
you put to scroll my posts.
Do comment :)