"Ma, Yen takut".
Sebelum dibawa masuk ke wad pembedahan.
Aku hampir tergelak.
Kerana dia antara abang aku yang gentle macho
heh. Konon.
.........................................................................
Malam itu, aku terkejut.
Selepas membaca whatsapp yang dihantar kakak.
"Yen mengerang kesakitan. Badan dia calar balar.
Doktor suruh cari pakar ortopedik untuk tengok
tulang kaki dia sebab kaki dia bengkak"
Buku Biology itu aku tenung tanpa kefahaman.
Walaupun esok adalah test Biology.
Sedikit air mata hampir terkeluar daripada takungan
tapi terus aku tahan , biar tidak jatuh.
Dan terus aku rangkul kekuatan cepat-cepat
agar aku dapat menghabiskan bacaan.
Jarum menunjukkan jam 11.35 pm
Abah dan mama pun dihalang oleh abang sulung
untuk datang melihat keadaan yen yang baru
sahaja dibawa ke hospital selepas jatuh daripada
motosikal barunya, kerana hari sudah terlalu lewat.
Tambahan pula, abang faham bahawa mama dan abah
baru selesai menunaikan solat tarawih + tadarus
bersama orang kampung di masjid berhampiran
rumah kami.
Wajarlah mereka keletihan dan mengantuk.
Aku pula, nun jauh di negeri minangkabau ini.
Hanya mampu berdoa semoga segalanya baik-baik sahaja.
Sememangnya tidak aku sangka.
Kerana petang itu,
sebelum bermula kuliah Physics,
aku sempat ber'whatsapp' dengan Yen.
"Yen, balik tak minggu ni?"
"Tak tau lagi . Kenapa?"
"Takde, Ingat nak ajak beli handphone baru"
"Eceh. Dah cukup duit ke?"
"Dah. In sha Allah"
"Tengoklah macamana. Sebab aku sekarang kerja.
Kalau free aku balik"
Tiba-tiba malam itu?
Bak kata abah.
"....benda nak jadi "
Tambah sedih bila tau yang Yen accident kena himpit dengan kereta
yang langgar lari.
Tambah sedih bila tau yang Yen baru habis solat isha di surau
kolejnya dan berhasrat untuk pulang ke rumah kediamannya
untuk kemas-kemas barang untuk segera balik malam tu,
sebab dia tau yang aku akan balik esoknya, dan dia jadi
nak temankan aku beli handphone baru.
Tambah sedih bila tau yang mama dah siap-siap
bungkuskan sambal goreng untuk Yen bawa balik
rumah bujangya seperti kebiasaanya.
Tambah sedih bila tau Yen balik sebab nak bawa
aku beli handphone baru.
:'(
.........................................................
Masa tunggu Yen tengah kat dalam wad bedah,
Aku tunggu dengan mama dan abah dekat sebuah pondok
Ada seorang makcik tiba-tiba merungut.
"Haish. Lama dah orang tunggu. Anak tak keluar keluar"
"Dari pukul berapa tunggu" , mama tanya.
"Pukul 10 pagi juga la"
Wow. Sekarang dah pukul 2 petang.
Aku lihat wajah kerisauan.
Kata makcik tadi, sejak anaknya dibawa masuk
ke dalam wad bedah itu lagi, dia tak ke mana mana.
Dia hanya tunggu di situ.
"Makcik orang mana?"
"Kuantan,"
"Oh, jauhnya. Macamana anak makcik boleh
masuk hospital kat sini?"
"Oh. Anak makcik kerja dekat sini"
"Berapa umur anak makcik?"
"18 Tahun."
"Lah, sebaya saya lah."
Makcik itu hanya tersenyum.
Menunggu. Tanpa jemu.
Tidak kurang juga mama .
"Ma, jom la kita keluar sekejap ke mana-mana"
"Pergilah dengan abah. Mama kena tunggu Yen."
"Ma, nanti mama stay sini ke, balik rumah?"
"Tak tau lagi. Kalau Yen mintak mama tunggu,
mama tunggu."
Mama juga terus menanti. Tanpa jemu,
Di pondok itu, ramai ibu dan bapa.
Yang menanti keluarga mereka, tanpa jemu dan bosan.
...............................................................
Pembedahan itu dijangka dalam 2 jam sahaja.
Namun ia melewati sehingga 3-4 jam.
Habis Yen dibedah,
Yen dibawa masuk wad biasa semula.
Tangan Yen tak dapat gerak. Yen tak boleh
makan macam biasa.
Mama tanpa jemu dan penat menyuapkan Yen.
Aku tergelak sendiri .
Tengok Yen yang dah dewasa , disuap.
Macam waktu tadika dulu pulak ,
bila waktu makan mama yang suap.
.................................................................
Tanpa kudrat yang diberikan Allah,
manusia memang tak akan
dapat bergerak sendiri.
Hari ini,
Allah mengajar aku untuk terus menghargai
seseorang yang bergelar 'ibu'
Agar aku tidak menjadi seperti kacang yang lupakan kulit.
Walaupun bukan aku yang berada dalam posisi Yen,
yang mana mama tak jemu dan tak malu untuk menjaga
seorang anak yang sakit, sehinggakan mama berkejar
dari tempat kerja untuk cepat cepat datang tengok Yen.
Aku tidak mahu menjadi seorang anak yang malu
menjaga orang tuanya.
Hari ini,
Allah mengajar aku bahawa,
aku termasuk orang yang tidak gembira
dalam satu hari di bulan Ramadhan ini.
Dengan erti kata, aku bersedih.
Kerana Allah ingin aku ingat,
bahawa ada insan yang sahurnya di dunia,
iftharnya di Sorga. :')
Mereka menghadapi Ramadhan
dalam suatu suasana
di mana kesyahidan berlaku di merata tempat.
Mereka tidak ada baju raya.
Bahkan mereka tidak membuat langsir raya pun,
kerana tidak tahu di mana harus disangkutkan
langsir itu.
Mari turut rasa.
Mari wujudkan empati.
49 : 10

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah
di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu;
dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
Kerana darah yang mengalir dalam darah kita adalah sama
Darah Islam.
Thank you Allah for this opportunity !
Sentap weyh aku baca :'(
ReplyDeleteBarakallahu fikum ajma'in
ReplyDelete