بسم الله الرحمان الرحيم
Saya sangat ingat dengan
coretan seseorang ini :
"Insan yang membawa
bulatan gembira ni,
Mujahadahnya lain
Pengorbanannya lain
Cara berfikirnya lain
Perbincangan amal dan
gerak kerjanya lain
Semangat dan saiz pengembangan
hidungnya lain.
Anda pasti kenal ini tulisan siapa bukan?
Kredit : (Buku 'sejak 2008')
Sementelah itu,
Suka ingin saya kaitkan
'kata kata' di atas,
dengan mereka yang juga
mengikuti bulatan gembira.
Amatlah terkesan apabila
situasi-situasi yang berlaku
di sekeliling saya, mengecam
saya untuk membezakan
status seseorang itu,
samada orang itu mengikuti
tarbiyah atau tidak.
Mengikuti bulatan gembira
Atau tidak.
Saya tidak tahu menahu
bahawa apa yang saya
lakukan itu, salah atau betul.
Anda rasa?
Kerana seringkali ujian-ujian
insan sekeliling itu,
termasuk dalam
list yang agak parah dalam
kehidupan saya.
Tetaplah selepas itu,
Terimbau seerah Rasulullah
(Shalallahu alaihi wasallam),
Dan berasa malu.
Kerana insan yg marhaen ini,
Bila datang saja masalah,
Hampir jatuh kepada putus asa.
Sedangkan Baginda
shalallahu alaih wasallam,
Seorang nabi!
Tetapi tidak terduga onak
yang parah baginda hadapi.
Begitupun,
masih mampu tersenyum
Mengubat lara.
Saya kira,
Kerana itu generasi para sahabat
tidak lemah.
Kerana mereka mempunyai
pemimpin yang sangat kuat.
Bukan mudah untuk
memuaskan hati
orang lain.
Bermuamalah sesama insan itu
tetaplah penting
dan perlu dititikberatkan.
Bukankah amal jamaie itu yang
dituntut dalam melaksanakan
gerak kerja da'wah?
Namun, saya kira .
Lain orang lain fikrahnya.
Lain orang lain cara bergeraknya.
Lain orang lain semangatnya.
Lain orang lain caranya
menyelesai masalah.
Cuma saya tak faham,
Ada orang yang payah
mengekang nafsu amarahnya
Lantas melampiaskan terhadap
orang lain.
Padahal....
..........................................................
Selalu diajar di dalam
bulatan gumbira,
Bahawasanya,
Andai kita melihat salah orang lain,
Kita mesti melihat kesalahan kita
pula selepas itu.
Sekiranya kita merasa marah
terhadap orang lain,
Carilah sebanyak mungkin kebaikan
yang dia pernah lakukan,
yang mungkin kita lupa.
Sekiranya kita mengesyak sesuatu,
carilah ruang untuk bersangka baik
kepada pemberi musibah
bahawa Dia sedang mengajarkan
kita sesuatu!
Tolong.
Tolong hentikan drama universiti.
Saya fikir,
Sepatutnya kita tiada masa
untuk memikirkan hal ehwal
perasaan.
Kerana pada saya,
Kenapa kita mesti salahkan
angin yang menjatuhkan
buah dari pokoknya,
Sedangkan ada orang yang
menggoyangkan pokok itu.?
Kenapa kita mesti salahkan
orang yang buat kita geram,
Sedangkan banyak lagi
ruang daripada consequence
kemarahannya tadi,
untuk kita bermuhasabah?
Kalaulah Allah mengembalikan
peperangan fizikal kepada
negara kita.
Ada beza . Ada beza.
Sekiranya anda merasa anda
belum berada dalam tarbiyah,
Saya merayu.
Anda carilah peluang .
Untuk turut sama turun padang
bekerja keras mendapatkan
tarbiyah seterusnya menyebarkannya.
Saya merayu.
Thank you Allah for this opportunity.
Dari meja penulis:
Menulis jangan dengan nafsu.
Moga menulis dengan ilmu.
Penulis menghadapi sedikit
tekanan perasaan.
Tetapi kerana memikirkan
ada perkara yang lebih penting,
In sha Allah penulis mampu
untuk mengekang penyakit-2
perasaan tersebut. Hiyah !
الله مستعان
No comments:
Post a Comment
I do appreciate every single effort
you put to scroll my posts.
Do comment :)