Wednesday, November 5, 2014

Keterlanjuran


Hari ini banyak perkara yang mengaitkan diri saya dengan sebuah 'keterlanjuran'.
Dan membuatkan saya terfikir tentang keterlanjuran-keterlanjuran yang sebelum sebelumnya.

Hari ini
Keterlanjuran saya,
"Kelambatan" saya menyentuh nasi di dalam periuk pada pagi tadi yang dihasratkan untuk digoreng,
telah membuatkan abang saya pula yang telah mengambilnya, 
dan membuat nasi goreng mengikut citarasanya. 
Aduh manis , nasi goreng kok diletak gula si bang?
Ini bukan keterlanjuran. 
Kelambatan. 
Mungkin juga boleh disebut, 
Terlanjur lambat. 

Keterlanjuran saya,
Atas waktu lapang yang saya gunakan untuk perkara lain yang sepatutnya digunakan untuk sesuatu yang lain,
lantas membuat saya berfikir, 
masa tu memang tak boleh dipatah balikkan kan?
Aduh menyesalnya. 
Tak syak lagi timbul banyak ungkapan.

"Menyesal aku tak study awal-awal"
"Menyesal tak tanya lecturer awal-awal"
"Menyesal aku berkasar dengan dia dulu"
"Menyesal aku tak berbakti pada mereka dulu"

Hari lain
Keterlanjuran saya, 
Mengambil masa yang sangat lama untuk masak di dapur, 
Sehingga solat Zuhurnya menjadi lambat.

Keterlanjuran saya, 
Main game, 
Sehingga tergendala urusan yang lainnya.

Keterlanjuran saya,
Tidak menyiapkan latihan-latihan,
sehingga cuak nak masuk kelas.
Cukup benci akan rasa cuak bila tak siap kerja rumah. 
Segalanya kerana keterlanjuran. 

"Terlajak perahu, masih boleh diundur lagi.Terlajak kata, buruk padahnya..."

Terlanjur, terlambat, terbuat, terlajak.

Ah . Alasan belaka . 

Lemahnya . Bila pandai mencipta alasan untuk cover kelemahan diri.

Kau manusia ada akal kan? 
Kenapa tak fikir masak-masak dulu?
Kenapa tak merancang dahulu?

Consider anything to fix . Not only to cover . 

Nak fix apa?

Tu. Tayar basikal kau yang dah pancit. 
Tak boleh nak bawa kau pergi mana-mana dah.


................................................................

Dari meja penulis :

Lately
Mood yang datang, mood macam nak menulis gaya ala ala literature
Ceh . 



No comments:

Post a Comment

I do appreciate every single effort
you put to scroll my posts.
Do comment :)