Thursday, April 30, 2015

Yang malas menulis


Kadang aku malu,
Dengan diri aku yang lembab
Lembab menulis.
Lagi-lagi bila aku dapat quote mat luthfi ni, "....banyakkan membaca daripada menulis...."
Ceh.

Masa bermalas malasan aku dah banyak mendominasi.
Betullah orang kata,
Sibuk sibukkan diri supaya tak ada masa untuk bermalas-malasan

I tell you.
Since aku dah mula bercuti, 
masa aku di rumah adalah persis suri rumah tangga, 
memasak, membersih bersih, menggosok err. what on earth, aku tak suka menggosok.
Dan aku suka menjadikan alasan 'sudah membuat kerja then adeh badan penat lah' sebagai alasan untuk aku berehat panjang sampailah aktiviti produktif yang sepatutnya aku lakukan, tidakpun berjalan.

Silent reader
maka sekiranya kita sedar yang nafas itu bila-bila sahaja boleh berhenti, 
tak mungkin kan kita bermalas-malasan menggalas tugas yang tak siap-siap itu? 
Tapi peritnya menanggung pahit melawan malas.
Peritnya aku nak tinggalkan plant vs zombie. Erkk?

Aku tulis baru aku teringat
Aku tulis baru aku terasa
Aku tulis baru aku rasa diajar

Bacalah catatanmu yang dulu pernah kamu coretkan.
Kerana tanpa ia, kau tak berdiri semegah sekarang , manusia.


No comments:

Post a Comment

I do appreciate every single effort
you put to scroll my posts.
Do comment :)