Thursday, May 29, 2014

Biah Solehah


Biah Solehah itu,
Tidak cukup hanya pada gelaran
Tidak cukup hanya pada nama
Tidak cukup hanya pada label.

Juga,
adalah tidak adil sekiranya mengukur
sekelompok atau sekumpulan manusia itu,
sebagai solehah,
hanya kerana mereka berada 'dalam'
tempat yang di'label' sebagai biah solehah

Pakai tudung labuh,
Pakai handsocks
Pakai niqab.
Itu semua bukan lesen untuk melabel
kesolehahan seseorang.

Kerana
terbinanya sebuah biah solehah itu,
adalah melalui insan-insan yang
benar-benar solehah.
Yang dididik untuk mencapai
muwasofat tarbiyah yang utama,

1.Aqidatussalim (aqidah yang sejahtera)
2.Matinulkhuluq (akhlak yang mantap)

Yang mementingkan hubungan dengan Tuhannya
Bukan semata-mata dengan manusia di sekelilingnya.

Kerana itu,
adalah sangat bertepatan bahawa matlamat usrah itu,
adalah untuk membina keperibadian sahih seseorang
individu kerana pentarbiyahan individu yang paling
muntij adalah melalui USRAH.

Join usrah today!
Don't judge a book by its cover!

.........................................................................

Oh ya.
Saya lupa nak bagitahu maksud 'biah' itu apa.

Buat yang tidak mengetahui.
Biah itu, suasana.
Biah Solehah.
Suasana yang solehah dan sejahtera.



Thank you Allah for this opportunity!





No comments:

Post a Comment

I do appreciate every single effort
you put to scroll my posts.
Do comment :)