Friday, May 23, 2014

Letak kaki di kasut saya


Sebaik sahaja saya menunaikan solat fardhu Maghrib tadi,
saya meluangkan masa sebentar bersama kanak-kanak
di rumah saya itu.
Kebetulan, rancangan Al-Khawather di TV al-hijrah
sedang bermain.
Rancangan TV peberet. (peberet baca favourite)

Waktu itu, segmen "Lau kana Bainana" .
Buat yang tidak mengerti maksudnya ,
"Lau kana Bainana" bermaksud,
Andai Rasulullah bersama kita *indirect translate*



Sedikit penerangan tentang rancangan ini.
Krew-krew akan merancang satu situasi di tempat awam
contohnya meninggalkan dompet yang penuh dengan wang,
dan akan memerhati reaksi orang yang menjumpai dompet
tersebut.
Selepas itu, mereka akan interview orang tersebut dan akan
memberi sedikit hadiah sebagai tanda megucapkan tahniah
atas kejujuran dan bersifat dengan sifat kemuliaan yang
dipraktikkan Rasulullah S.A.W.

Saya sangat terharu dengan reaksi seorang akhawat ini.
Situasinya adalah sangat simple.
Situasi ini berlaku di dalam sebuah shopping complex,
di tempat membeli buah buahan.
Krew menjatuhkan beberapa biji buah pisang yang
masih elok, dari tempat asalnya ke atas lantai.

Sifat Rasulullah S.A.W yang ingin ditonjolkan di dalam
situasi ini mengikut kefahaman saya ialah,
menghargai nikmat. Buah pisang itu masih elok dan
masih boleh dimakan. Ia hanya terjatuh.
Setengah orang mungkin akan hanya membiarkannya
dan membiarkan pisang-pisang itu sehingga dipijak-pijak,
tidak boleh dimakan.

Datang seorang akhawat berniqab, mengutip buah tersebut
dan meletakkan kembali ke tempat asalnya.
Cameraman dan hos Al Khawather datang mendekatinya
lalu menerangkan kepadanya situasi sebenar dan mereka
interview sikit akak ni.

Antara soalan yang diajukan kepadanya,
"Apa yang akan anda katakan kepada Rasulullah,
sekiranya anda punya 1 minit untuk bercakap dengan
baginda?"

Akak itu tersipu sipu seraya menjawab.

"Ini soalan yang sukar"

Lalu akak itu memalingkan kepalanya, dan menangis.
Dia menjawab perlahan-lahan.

"Adalah menjadi impian semua orang untuk bertemu dengan baginda.
Dan saya... Saya ingin meminta Rasulullah membawa saya pergi
ke dunia lain."

Kredit to google sebab terjumpa 

........................................................................

Bukanlah jawapan akhawat itu yang saya ingin highlightkan.
Tapi saya membayangkan sekiranya sayalah yang berada
di tempat wanita itu.
Apakah saya mampu berkata sampai mengalirkan air mata
di hadapan kamera di tengah-tengah alam shopping mall itu?

Bukan semata-mata tangisan yang saya impikan,
tetapi saya mula melihat, sejauh mana saya menghayati
hayat dan perjuangan seorang insan bernama Muhammad b Abdullah
sehingga walau berada di mana sekalipun, saya mampu
ingat kepada baginda. Menangis kerana teringat baginda.
Saya malu kepada baginda.
Sedangkan hidupnya saya sebagai seorang wanita ini,
adalah hasil titik peluh dan titik darah baginda.
Jangan lupa bahawa syahadah itu ada dua ayat,
Yang keduanya adalah naik saksinya kita akan Muhammad itu
pesuruh Allah.
Adakah hanya dengan melaksanakan sunnah baginda,
kita sudah mampu mendabik dada?

Anda letak pula kaki anda di kasut saya.
Dan kasut akhawat tadi.

Kita mungkin mampu mengangkat pisang itu kembali
ke tempat asalnya.
Namun sekiranya ditanyakan tentang Rasulullah,
apalah agaknya reaksi kita?
Mungkin hanya memberi jawapan yang semata-mata
sedap didengar oleh hos  tadi dan penonton,
cukup untuk membuatkan interview itu berakhir.

Bukan saya highlightkan menangis . Bukan.

Sejauh mana kita kenal dengan Rasulullah berbanding
jauhnya kita kenal artis-artis Malaysia dan Hollywood?
Kalau tak kenal, maka tak cinta.
Ceh.

Ayuh , jangan kita jadikan 'mengingati dan mencintai Rasulullah'
itu bermusim, hanya lewat kempen.
Sebaliknya, setiap masa.
Semoga dengan adanya kita di atas jalan Dakwah dan Tarbiyah ini,
adalah salah satu jalan untuk kita terus memperjuangkan
tugas warisan baginda S.A.W dan mempraktikkan
sunnah baginda dengan lebih muntij :)

Sungguh, saya rasa berat .
Berat untuk publish post ni.
Saya berharap dengan saya post, sayalah yang terebih
dahulu concern dengan perkara ini :')

Moga Allah redha.

Thank you Allah for this opportunity.









2 comments:

I do appreciate every single effort
you put to scroll my posts.
Do comment :)