Wednesday, May 14, 2014

Ku sangka madu, rupanya olive oil


Semangkuk minyak zaitun itu terletak di atas meja.

Muaz : Aunty, what's in that bowl ?

Aunty : Olive oil,dear. Why? Do you want some?

Muaz : Nope . But there's few ants inside.

Oh . sudah bersemut rupanya .

Mesti semut tu ingat ni madu . Warna dia lebih kurang madu . 
Tu dia teghejah aje .
'teghejah' baca 'terjah'



Warna minyak zaitun ialah kuning

So does the honey

................................................................................

Sebagai manusia yang dikurniakan akal oleh Allah s.w.t ,
kita punya kelebihan berbanding semut, iaitu
bagaimana nak identify whether yang dalam mangkuk tu
ialah minyak zaitun ataupun madu .

Dengan cara menghidu , rasa .

Malang sekali sang semut ,
baru sahaja nak letak hidung atas minyak tu,
terus terjatuh ke dalah lembah minyak zaitun itu . wahaha .
ditiup angin barangkali . Badan semut kan ringan.

Bersyukurlah kita diciptakan Allah sebagai manusia
Yang mana, banyak kelebihan kita boleh lakukan
melebihi makhluk lain.

Teringat firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 30.
Firman Allah yang sering disebut-sebut oleh mana-mana
murabbi , yang menceritakan penciptaan suatu makhluk
bernama , "KHALIFAH"

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; 
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". 
Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata):
"Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu 
orang yang akan membuat bencana dan 
menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan),
padahal kami sentiasa bertasbih dengan 
memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: 
"Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu
 tidak mengetahuinya". 

Tetaplah Allah mengangkat darjat manusia sebagai sebaik-baik ciptaan.
Walaupun malaikat tidak berhenti-henti bertasbih dan memuji-Nya.
Mashallah.

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia
 dalam bentuk yang sebaik-baiknya
 (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). 
(Surah At tiin : 4)

.................................................................................

Semut yang mati tadi mungkin menyangka yang berwarna
kuning itu ialah madu.
Semut sukakan kemanisan bukan?
Madu itu manis.
Sayang sekali yang berwarna kuning itu bukan madu .
Hanya sangkaan . Sangkaan . Tapi meleset .
Meleset terus ke dalam lembah sangkaan .
Sayang . Mati.

Sebagaimana manusia yang boleh di'relate'kan
dengan keadaan semut tadi.

Di dunia ini punya segala perkara yang cantik.
Dan yang buruk.
Hakikat manusia sukakan kepada kecantikan.

Sayang sekali sekiranya 'kecantikan'
yang kita sukakan itu , terus menghambat kita
untuk tenggelam terus dalam 'kecantikan' itu.
Padahal 'kecantikan' yang kita sukakan itu
bukanlah perkara
yang sepatutnya kita tenggelam di dalamnya.

Dan dunia ini dihiasi dengan kejahatan
yang bertopengkan kecantikan.
Segala yang mendatangkan dosa, dilihat sebagai
nikmat.
Segala yang salah,
nampak cantik sahaja di mata.
Segala yang mendatangkan murka Allah,
senang saja untuk terlaksana.
Kerana dosa itu nampak 'mudah' dan 'cantik'

Nauzubillahiminzalik.

Kecantikan yang menghambat hati,
untuk mati.
=,=

Hati yang mati, tetaplah jasadnya hidup.
Namun seperti tiada apa-apa.
Ibarat air yang bertakung lama.
Membusuk .
Tidak mengalir.
Tidak memberi manfaat.

Ku sangka itu madu,
Rupanya itu olive oil

Ku sangka itu manis,
Rupanya tawar.

Kita sangka yang indah dan cantik itu
akan membawa kita bahagia hingga syurga
Tapi kita tersilap rupanya.
Yang indah itu tidak selamaya indah .

Kecuali indahnya syurga~



........................................................................





Dari meja penulis,

Apsal aku rasa post ni macam 'deep' sangat.

Faham ke?

Semoga Allah kurniakan anda kefahaman.

Thank you Allah for this oppurtunity!





No comments:

Post a Comment

I do appreciate every single effort
you put to scroll my posts.
Do comment :)