Saturday, May 17, 2014

Random mamai malam hari


Random thoughts malam malam

Tadi aku ada buat satu post.

Tapi aku delete. Sebab aku semacam tak yakin.

Aku faham apa yang aku nak tulis.

Tapi aku tak faham bila aku dah ungkapkan
pakai tulisan.

Banyak kali terjadi kat aku.

Kamu semua? Pernah?

...................................................................

Aku ambil masa yang lama untuk menyiapkan satu post

Aku tulis, aku scroll balik. Edit. Scroll balik.

Nak kualiti . Kena sabarlah.

Kecuali post malam ini.

Kerana ia hanyalah sebuah random thoughts.

Kadang aku rasa , penulisan aku dalam daily journal aku,
lebih baik daripada dalam blog ni.
Kenapa ha?

................................................................

Teringat satu artikel dalam majalah Jom! edisi 26
Tajuk : Zilzal

Edisi paling mantap pada aku.

Artikel Ustaz Wan Ahmad Sanadi, berbunyi :

"Menulislah dengan baik dan BUKAN asalkan menulis!"

..................................................................

Pada sisi lain, terbuka blog inspirasi ,
Blog kak umairahshafie

macam kata Flannery O' Connor; "I write because 
I don't know what I think until I read what I say."


......................................................................................

Aku akan tetap menulis. 

Walau sepotong ayat.

Ni nak share ,

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah 
(dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya);
 dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan
 apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk
 hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan):
 Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi 
PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. 
Al Hasyr : 18

Semoga penulisan ini
dan sebelum ini,
dan yang dah ter'delete' tu,
termasuk dalam
catatan Malaikat Raqib

Termasuk dalam persediaan aku
menghadapi alam akhirat.
Sejauh mana aku mempelajari ilmu akhirat
melebihi ilmu dunia.

Aku akan terus menulis. 
Walaupun tiada yang membaca,
Moga malaikat terus mengira.


Thank you Allah for this opportunity!

........................................................................

Malam-malam ni, mamai tak betul sikit.





No comments:

Post a Comment

I do appreciate every single effort
you put to scroll my posts.
Do comment :)