Masa kat sekolah dulu, kalau seseorang itu,
dia dari sekolah agama, dan dia nak pindah,
Pindah sekolah biasa, mesti akan datang
banyak nasihat pada dirinya.
Antaranya, jangan 'culture shock'.
The same thing goes on bila nak masuk U kot.
I think.
Cuma bezanya, tak ada orang yang nak mengingatkan la
Universiti kan, . Pandai-pandai la.
Saya tak rasa saya akan culture shock.
Tapi hakikatnya sekarang, saya rasa, saya yang
culture shock.
Walaupun sedikit.
Kerana yang sedikit itu yang akan merebak,
kalau tidak dirawat.
............................................................................
Kita sudah biasa tengok,
buah delima warnanya merah.
Tiba-tiba suatu hari, telah diumumkan penemuan
buah delima berwarna emas!
Kita mula merasa pelik.
Selama ni, kita lihat, kita dengar,
buah delima itu merah. bukan emas.
Habis tu, ni species baru la?
Mungkin.
.......................................................................
Kita mungkin dengar bahawa sesuatu tempat itu
punya persekitaran yang cantik bagai syurga.
Tapi, bila kita hadir betul-betul di tempat itu,
tempat itu tidaklah cantik seperti yang diuar uarkan.
Sedih bukan?
......................................................................
Apa apa pun, sayalah yang harus membiasakan diri
untuk berada dalam persekitaran yang saya 'tak sangka' itu.
Sebab itu, saya merasa , adalah tidak perlu untuk kita
mengharapkan sesuatu yang terlalu indah,
daripada sesuatu yang kita belum pasti,
sebelum kita sendiri yang menemuinya.
Sebab Allah Maha Berkuasa kan?
KLCC pun boleh tumbang dalam sekelip mata
kalau Allah menghendakinya.

....................................................................
Saya benar-benar merasa ujian sebenar.
Ujian sebenar yang hakikatnya kita harus lalui sendiri.
Tanpa mengharapkan mana-mana insan untuk terus
beada di sisi,
Kerana la syak wala raiba, Allah saja yang patut
berada di sisi.
Kerana Dia yang mengahantar ujian itu,
maka sudah pasti Dia punya penyelesaian baginya.
Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
47 : 31
.....................................................................
Tarbiyah itu, kita perlu cari.
Dia tidak akan datang sendiri.
Tidak akan.
Kerana kita yang memerlukan tarbiyah.
Tarbiyah tidak memerlukan kita.
Sebagaimana perlunya kita kepada Allah.
Allah tidak memerlukan kita.
Hakikatnya, kitalah yang memerlukan Allah.
Dan tarbiyah itu,
tidak semata-mata kita dapat melalui
USRAH.
Tetapi seseorang yang memerlukan tarbiyah,
dia akan mencari tarbiyah yang lebih daripada
sebuah usrah,
walaupun hanya melihat pokok.
Dia tahu apa yang dia perlukan.
Dia tahu apa yang dia perlu luaskan
dalam konteks mentarbiyah diri sendiri.
USRAH tetap suatu platform yang effektif
untuk mentarbiyah individu Muslim.
tetapi, mereka yang telah mendapat tarbiyah,
tahu untuk mencari makanan tarbiyah itu,
sekiranya dia dicampakkan ke dunia alien.
hah?
.........................................................
Allahutaala A'lam.
Moga Allah kurniakan anda kefahaman.
Thank you Allah for this opportunity.
assalamualaikum :)
ReplyDeletebaca post ukhti, saya terfikirkan sesuatu. gotta admit that IPTA/IPTS/IPG or apa saja institusi pengajian actually adalah medan tarbiyah kita. macam saya, masuk IPG barulah dapat mengenal apa itu tarbiyah, usrah dan kemanisannya. mula-mula agak culture shock tapi itulah sebenarnya jalan mencari tarbiyah. if u know what i mean. hee.
w'salam wbt .
Deletejazakillah khayr ukhtilkareemah.
semoga anda tetap tsabat(tetap) atas jalan panjang yg mudah mudahan dilimpahi rahmat dan kasih dr Allah S.W.T .
bilhubb ilallah <3