Wednesday, November 26, 2014

Baik baik dan sangka baik


Pernah banyak kali bukan,
Kita rasa sangat bersalah kat seseorang.

Pernah banyak kali juga bukan, 
Kita rasa kita banyak sangat dosa saat tu.

Pernah juga kan, 
Kita rasa bersalah kat Allah atas sebab perbuatan kita yang sekian sekian sekian.

Really. It happens.



.....................................................................................................

"Merasa resah dan risau dengan kefuturan diri adalah anugerah besar dariNya. Ia tanda hati kita masih sensitip dan peka"
-inchegabbana-

Kefuturan artinya kita rasa down.
Down kerana sedar yang tahap iman kita dah macam apa dah.

Sungguh saya kagum dengan quote which had been quoted by inche gabbana

Selepas kita rasa futur,
Atau dah rasa sangat berdosa,
Haruslah kita rasa macam sensitif sangat.
Rasa tak kena.
Rasa yang macam-macam rasa.
Selepas itu, of course kita cuba lakukan sesuatu untuk overcome 'rasa' tu.

Mungkin beristighfar,
Solat taubat, berzikir,
menulis, meminta pendapat orang lain.
Bilamana kita sudah beristighfar, meminta keampunan,
Pernah tak kita rasa, yang rasa bersalah kita tu, 
macam tak hilang. 
Tak pudar.
Tak luntur.
Rasa macam, tak ada effect aje dari
istighfar dan taubat tadi.

Mungkin pernah.
Mungkin juga tidak.
Sebab saya pernah rasa, saya cuba 
kongsikan.

Waktu itu, saya tercari-cari, 
keep observing,
Kenapa, kenapa, kenapa?
'Rasa' ini tak hilang-hilang?
Tak sanggup sudah nak menahan.
Pulak.
Jadi tak keruan.

Nyata, telah saya ketemu dengan jawapannya.

Apa? Apa? Apa saudari? Sila beritahu segera.

Sangka baik. 
Sangka baik dengan Allah.

Saya tidak boleh pertikaikan atau 
menyentuh soal keikhlasan kita 
memohon keampunan pada Allah.
Itu soal hati.
Tambah-tambah kita dalam keadaan yang betul-betul perlukan bimbingan 
dan ketenangan dari Allah.
Saya kira, soal keikhlasan itu, mungkin
possible untuk kita letak tepi.

Tapi, sangka baik itu.
Kita kadang tak perasan.
Sangka baik itu adalah sangat penting.
Sangatlah perlu.

Sangka baik itu,
tanda kita terima seadanya apa consequences yang bakal Allah beri,
Sangka baik itu,
simbolik kita tahu, kalau benda buruk yang berlaku sekarang, pasti, pasti ada perkara baik akan berlaku.
Sangka baik itu,
muhasabah kita yang perlu. Tanda kita tidak sombong dengan Dia.

Akhirnya, 
Dapat saya jumpa jalan kepada kebuntuan itu.
Dapat saya bereskan rasa tak senang itu.

Carilah daripada segenap inci hidup kita,
jalan untuk keluar daripada kebuntuan yang melanda.
Jangan biarkan kebuntuan tu, 
berkutu merayap-rayap atas kepala.

Thank you Allah for this opportunity!




2 comments:

  1. Kak sye .. Thanks ats perkongsian ni. Kita pun sllu jgk rase futur. :-C

    ReplyDelete

I do appreciate every single effort
you put to scroll my posts.
Do comment :)