Friday, November 21, 2014

Tentang Pencetus Ummah


Baru-baru ini program 'Pencetus Ummah',
muncul kembali untuk musim kedua.
Bagi sesiapa yang tak tahu menahu program
apakah itu? Bolehlah google ^^



"Eh apalah saudari ni. Takkan oghang tak tau kot."

Saya tak hairan sekiranya masih ada orang yang tak tahu
program pencetus ummah tu.
Sebab saya pernah berjumpa dengan orang
yang tak kenal pun dengan Aiman Azlan, Hilal Asyraf, Mat Luthfi,
Signifikannya mereka ialah sebab mereka juga
ikon media sekarang. Tapi ada juga yang tak kenal.
Lainlah Zizan Razak kan.

.....................................................................................................

Bercerita tentang pencetus ummah,
pernah terlintas di fikiran saya.

"Kenapalah diorang buat program ni ya? Padahal negara kita ada ramai
je pendakwah pendakwah media yang ilmunya tip top,
penyampaian bagus."
Mungkin juga saya terpengaruh, bilamana orang kata,
"Buat program macam ni, macam nak bersaing-saing pulak
antara daie(pendakwah). Padahal, pendakwah mestilah ikhlas. Ceh"
Cukup bertamadun ayat di atas.

Kalau kita tengok secara general pun, program pencetus ummah ni,
kita boleh tahu yang diadakan program ni adalah untuk mencungkil
bakat anak watan Malaysia, supaya berani approach untuk berdakwah
kepada orang ramai dengan cara yang lebih kreatif.
Nama pun pertandingan, sudah tentu bakat mereka diasah dengan
lebih baik untuk memberikan persembahan yang terbaik.
Tambah-tambah sekarang,
dah mantap program pencetus ummah
sebab masa sesi soalan dari penonton,
barisan artis-artis famous turut terlibat.

Saya pada mulanya juga kurang setuju dengan program sebegini.
Sebab ia bagus. Tapi, bahayanya ialah apabila semangat memberi tazkirah,
atau menyampaikan peringatan, menyeru kepada kebaikan,
dilekatkan labelnya pada sebuah pertandingan,
akan menyebabkan 'pertelagahan batin'.
Maksud saya 'pertelagahan batin' tu,
pertelagahan hati la.
Contoh , daie ni rasa dirinya lebih hebat daripada daie tu.
Makcik ni nak dengar cakap ustaz ni je, tapi taknak hadam
cakap ustaz tu.

Tapi,
akhirnya saya menemui sesuatu yang boleh menyangkal
'rasa' saya itu.
Kerana keberkesanan program ini untuk menarik minat
orang ramai untuk datang ke taman Sorga!
Memeriahkan lagi Taman Sorga.
Taman Sorga = Majlis Ilmu.

Nyata, walaupun program ini ialah sebuah pertandingan,
tapi penonton mampu tertarik dengan pendekatan dakwah yang
boleh dikira kreatif ini.
Kita boleh tengok, ramai juga artis yang turut hadir memeriahkan
majlis ini.
Perasan atau tak, sebenarnya artis ni, bawa pengaruh besar
dalam kehidupan masyarakat.
Masyarakat mudah terikut-ikut gaya mereka.
Masyarakat suka mengetahui perkembangan hidup mereka.
Kita tak akan sangka, mungkin langkah artis itu,
akan turut dijejaki oleh peminat-peminatnya?

Kehadiran artis bukan soalnya sekarang.
Soalnya sekarang, minat orang-orang terhadap majlis ilmu
itu bertambah.
Minat mereka untuk mengetahui tentang Islam yang sebenar
lebih mendalam.
Mungkin itulah cara mereka yang kurang mendapat didikan
agama, untuk kembali kepada fitrah beragama?

"Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang di bumi seluruhnya...."
-Surah Yunus : 99-

Allah itu mampu bahkan sangat mampu untuk jadikan kau sebuah pokok
sekelip mata.
Allah itu mampu kalau Dia nak jadikan bumi ini terbalik sekelip mata.
Allah itu sangat boleh kalau nak jadikan mata kau yang tengah membaca
sekarang, tiba-tiba tertutup serapatnya.(ini bukan doa,ini contoh),

But what if we contemplate upon this ayah for a while,
Why Allah doesn't straight away create all the human being
to be completely in Islam for they don't have to choose,
which religion is Al-Haqq(the righteous one)?

Inilah tugas mereka yang Islam.
Untuk menunjukkan bahawa Islam itulah agama yang benar.
Agama keindahan.
Agama pilihan.
Agama Al-haqq.

Maka,
saya nampak.
Pencetus Ummah ialah sebuah agenda yang memanfaatkan
media, untuk mengeluarkan output yang boleh diterima ramai.
Semua penyampaian oleh para peserta tidak terlalu berat
bahkan unsur 'humour' itu sangatlah membantu untuk
menjadikan penyampaian lebih sampai.
Para pencetus ummah bukannya cakap cakap ayam je.
Pengisian mereka dibimbing oleh murabbi yang berilmu.
Tak syak, mereka bukan bercakap tak berlandaskan ilmu.

Kalau boleh lahir program-program kreatif untuk mengahngatkan
lagi industri seni,
masakan tidak boleh lahir cara kreatif untuk menyeru orang lain
ke arah jalan kebaikan?

Tak ada istilah bersaing sebenarnya.
Memang ia pertandingan.
Dah kata adat pertandingan kan?
Mestilah ada pemenang, ada pengalah. Erk?
Tapi ia bukan jalan untuk dakwah itu berhenti.
Ia bukan cara untuk dakwah itu mati.
Bahkan terus hidup. Terus meriah menyeru manusia.

.............................................................................................

Kata-kata PU Rahmat episod malam tadi betul-betul menyentap sanubari  dan
adalah sangat betul.
Kerana terlalu mengejar gelaran,
ada yang sampai berkecil hati, tak puas hati.
Padahal tugas 'menyampaikan' itu adalah untuk semua orang.
Kerana sebuah pertandingan sahaja,
keikhlasan menyampaikan sudah dipudarkan
dengan terkejar-kejar akan kemenangan.

Semoga Allah jaga saya, dan jaga anda yang membaca.
Terus sokong pencetus ummah!








No comments:

Post a Comment

I do appreciate every single effort
you put to scroll my posts.
Do comment :)