Thursday, November 13, 2014

Tulis


Kerana cuti. 
Saya mencabar diri saya untuk banyakkan menulis.
Kerapkan lagi menulis.
Sounds hypocrite ain't?
Macam menulis semata-mata aje tanpa tujuan.
Menulis bagi memaksimakan total posts.

Tapi kalau tak cabar, tak buat pula.
Lagi teruk.
Mujahadah melawan nafsu itu pun, 
bukan salah satu aplikasi kita mencabar diri kita ke? 
-,-

Saya masih tertanya tanya sebenarnya.
Seperti apa pembawakan saya dalam blog ini?
Adakah saya menyampaikan apa yang saya rasa saya nak tulis,
Atau saya fokus untuk menulis tentang perkara yang tertentu,
Atau saya akan tulis bila idea menjengah?
Atau atau apa lagi. 
Saya masih keliru sebenarnya.

Kadang-kadang memang rasa hipokrit.
Sebab saya kadang-kadang memaksa diri untuk menulis secara matang kerana pada waktu itu saya fikir, saya harus anggap yang blog saya ini dikunjungi oleh semua golongan. 
Jadi, haruslah saya guna "saya" instead of "aku" sebab merasakan "saya" lebih proper.
Kalau nak diikutkan pada realitinya,
saya tidaklah sematang penulisan saya.
Ohoi. Bukan saya perasan yang penulisan saya cukup matang.
Tapi ia lebih kepada , perasaan saya yang cukup pasti mengatakan penulisan saya matang weh.
Maka dengan itu, penulisan yang sepatutnya pendek, mampu menjadi panjang.

Di sini saya pasti,
sebenarnya ini bukan hipokritasi.
Tapi, lebih kepada penyesuaian bahasa terhadap content yang saya bawakan.
Sifirnya lebih kurang begini,
Masakan lagu Negaraku yang seharusnya dinyanyikan dengan berdiri tegak, ditukar pula sambil menyanyi , berjoget zapin.
Tak sesuai bukan?
Tapi lebih pasti daripada tidak, saya katakan yang saya menulis untuk berkongsi. 
Bukan saja-saja.


Sekiranya kita melihat kepada method dalam berdakwah,
Antara perkara yang dititikberatkan ialah kumpulan sasaran.
Siapa bakal sasaran kita.
Maka dari situ bermulanya proses mengenal sasaran itu, agar beberapa cara boleh dirancang untuk mendekati kumpulan sasaran. 
Mudahnya, cara tu ialah cara untuk menjadikan da'wah itu lebih muntij la.

Majoriti blogger-blogger , saya kira,
menghasilkan karya berbentuk "open",
sebab lagi mudah nak diterima orang.

Suatu hari, rakan saya telah menyatakan sebuah statement yang membuat saya termengelamun sebentar.
"Betul kita baca status-status Islamik, kita sentap. Tapi kita siapa? Kita sentap.
Sebab kita faham apa yang disentapkan oleh penulis. Sebab kita budak sekolah agama. Kita biasa dengan situasi-situasi macam tu.Tapi, orang yang tak faham, rasa-rasa,  diorang sentap?"

Dari situ saya hanya mengangguk angguk aje. 
Terus saya fikir. 
Benar, kita nak semua orang jadi baik.
Lagi-lagi bila kita perasan baik. 
Kita nak orang jadi seperti kita. 
"Wah, kau ingat kau nabi?"
Tapi kita tertinggal sesuatu sebenarnya.
Kita tak tahu apa yang mereka perlukan.
Kita tak sedar yang mereka ini zero.

Kata Imam Hassan al Bana :
"Di banyak kesempatan, anda mungkin pernah berbicara kepada orang ramai mengenai pelbagai masalah. Anda yakin semua cara telah digunakan bagi menjelaskan perkara tersebut. Anda beranggapan bahawa anda telah menyampaikan perkara tersebut dengan begitu jelas. Tetapi anda terkejut kerana ternyata mereka masih kabur dan belum mengerti dengan penjelasan tersebut.

Saya merasakan perkara tersebut sering berlaku di kalangan para pendakwah. Lalu saya membuat kajian dan berjaya menyimpulkan bahawa ia sering berlaku atas dua sebab iaitu :

a) .........
b) ucapan disampaikan kurang jelas dan sukar untuk difahami walaupun anda amat yakin apa yang telah disampaikan itu cukup jelas." 
-Muqaddimah , ke mana kita menyeru manusia : as-syahid Hasan al-banna-




Perkara yang kedua tu, mungkin banyak terjadi. 
Samada melalui ucapan langsung atau tak langsung.

Kurang lebih, saya cuba jadikan apa yang saya tulis lebih "universal".
Oleh itu, 
Saya lebih pasti sekarang.
Saya tetap akan menulis sebagai diri saya sendiri.
Panjang pendek entry saya,
bergantung kepada apa yang saya nak tulis pada waktu itu.
Ada mungkin, entry yang random-random macam tu.
Ada mungkin, entry yang lebih serius.

Kawan ada kata lagi :
"Setiap orang lain gaya penulisannya. Setiap orang pegang lain-lain kunci
untuk pintu-pintu hati yang berlainan."
Different kind of words penetrate different kind of hearts.

................................................................

Setiap manusia tahu kapasiti diri masing-masing.
Tahu keinginan masing-masing.
Apa yang mereka nak, mereka cari.
Jadi, sekiranya mereka tidak menjumpai apa yang mereka nak
daripada blog saya, mereka pasti mencari di blog lain pula.
Jadi, saya mampu kata, saya tak rugi apa-apa.

Senangnya begini.
I write what I think. 
Oh saya tambah.
I write what I think , would benefit people.

Saya bukan pemutar bahasa.
Saya bukan pendebat antarabangsa.
Saya hanya orang biasa.
Ini gaya saya. 
Allah pengadilnya.

Thank you Allah for this opportunity!


Dari meja penulis :

Oh ya, penulis kurang gemar berkongsi dan bercerita tentang hal peribadi beliau . 
Sikit-sikit, mungkin ada. 
Moga Allah redha akan kalian :)



No comments:

Post a Comment

I do appreciate every single effort
you put to scroll my posts.
Do comment :)