Friday, January 9, 2015

Yang bernama hamba





Yang namanya hamba,

Pasti ada tuannya.

Hamba, mesti patuh pada tuannya.
Dia mesti buat apa yang tuannya suruh, demi mendapat imbalan.

Manusia itu hamba
Hamba kepada Tuhannya.

Tipu siapa yang tak tahu.
Tapi, ada juga orang yang pura-pura tak tahu.

Kemestian bagi mana-mana hamba,
berbicara dengan Tuhannya setiap hari.

Kerana,
hamba itu juga tidak mengerti keperluannya.

Sebab itu datangnya hati kosong,
Aku kira.

Pernah datang,
Suatu perasaan.

Di mana, kita mengharap kebaikan akan selalu mengiringi kita.

Kita nak sangat,
keburukan yang sudah lama bersarang dalam diri,
akan dihilangkan secepat mungkin.

Pernah juga sampai aku boleh kata,
"Sampai bila perangai ni nak melekat kat aku?"

Sampai masa aku takut.

Takut kalau kalau aku harus bersangka buruk dengan Dia.

Sampailah ...
Aku terjumpa ini :

"Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar"

Fussilat : 35

Dia jawab :)

Thank you Allah for this opportunity!

No comments:

Post a Comment

I do appreciate every single effort
you put to scroll my posts.
Do comment :)