Wednesday, October 28, 2015

How to handle kawan yang tiba-tiba tak tegur


I've dealt with this kind of person tht out of all sudden jeling-jeling, bila aku pandang muka dia, dia pandang tempat lain macam nak tunjuk yang dia sedang marah dengan aku atau tak puas hati dengan aku padahal aku taktahu apa salah aku pada dia. Unfair kan?

I've these simple solution to handle with this kind of person.

1. Ignore 
Please ingat gais yang kita ada banyak kawan yang jauh lebih awesome daripada dia. Aku seriously malas nak layan orang jenis macam ni yang tahu nak kecik hati tapi tak reti nak selesaikan masalah tapi nak merajuk tak tentu fasal, then bila terserempak kat mana-mana buat-buat macam invisible woman, sampai bila nak settle?

2. Do good 
Instead of asik nak fikirkan masalah kita dengan dia, why not kita buat baik dengan orang lain in a way bila kita tolong orang, orang akan gembira dan kita juga turut gumbiraa.
Contohnya kalau kita bawak kereta sekitar universiti, tambah-tambah kita takde passenger masa tu, nampak sesiapa yang agak-2 sehala dengan kita, ajak masuk kereta sekali.
Kalau kita beli gula-2 yang banyak , pass-pass satu kuliah.
Basuhkan pinggan dan cawan kotor roomate.
Sapu bilik. 
Instead of kita asik nak bercerita kat orang sampai akhirnya termengumpat, it's better kan to do good?

Disebabkan cara atas ni mungkin masih menampakkan yang masalah tak selesai jugak, aku suggest cara ke-3 

3. Beri hadiah dan letak note kecik
Masa kat sekolah menengah dulu-dulu, jarang-jarang kitorang ada masalah macam ni. Kalau ada, mesti akan settle cepat punya. Sebab masing-masing taknak hubungan tu terganggu hanya disebabkan ego masing-masing. Ni antara cara yang kawan aku pernah ajar dulu-dulu  kalau nak pujuk kawan ataupun kita selalu ada rasa sangka buruk kat orang.
Belikan apa-apa makanan atau minuman, dan bacakan ayat terakhir Surah Al Hasyr, tiupkan pada makanan tersebut. Cis, ini bukan jampi okay. Kalau rasa benda ni khurafat, janganlah buat, tapi kalau aku, aku anggap benda ni sedekah aku ke atas orang itu in a way, sapa tak bahagia kan dapat makanan free ?

4. Bersangka baiklah dan terus tersenyum
Aku selalu akan fikir, kalau ada orang sakitkan hati aku, aku akan ingat balik, maybe aku pernah sakitkan hati kawan aku dulu, macamana yang kawan aku tu buat.
Percaya pada karma ?
Sebab ingatlah, akan ada masa kita kena rasa perasaan orang yang terluka, sebab bukan selalunya kita akan kecapi bahagia.
Dan ingat juga, probably, ada yang tak kena tentang kita dan Dia.

Selamat menjadi kawan yang baik!




1 comment:

  1. sy pun ada sorang kwn yg mcm ni..ada time dia ok..ada time dia diam seribu bahasa..sy tahu dia ada bnyak masalah tapi xpernah nak share dgn sy..tiap hari sy brdoa moga Allah jaga hati dia, lindungi dia sbb kita tak tahu apa yg dia tgh fikirkan..sy syg kwn sy ni dan harap sgt persahabatan kami kekal..

    ReplyDelete

I do appreciate every single effort
you put to scroll my posts.
Do comment :)