Monday, May 19, 2014

Kenapa Logam ?


Tajuk tu mungkin pelik.
Tidak semena-mena tanya soalan.
Regarding to the last post, anda boleh scroll
sikit ke bawah. Sikit aje. Tak banyak.
Saya mendapat dua pertanyaan yang
membuatkan saya rasa saya perlu menjawabnya
dalam suatu post yang baharu iaitu
post ini la. Obviously.



"Kenapa logam?"

Saya ingat, sudah cukup universal penggunaan 'logam' ini.
Dan saya kira ramai orang sudah tahu.
Mungkin ada juga yang tak tahu.
Tidak mengapa. Bisa diatur.

Basically, saya mendapat tahu tentang penggunaan term 'logam'
ini juga, adalah melalui beberapa website yang saya singgah.
Penerangan yang bakal saya buat, mungkin sedikit tetapi 
saya rasa cukup untuk membuatkan anda-anda faham,
In sha Allah, moga diizinkanNya.

Dan mungkin akan wujud persamaan dengan mana-mana
artikel yang juga menceritakan tentang 'logam'.
Kerana hakikatnya, fikrah yang kita , para Du'at ini perjuangkan
adalah sama bukan?
Kefahaman adalah sama tapi persembahan yang berbeza.
Jadi saya kira tidak ada masalah.
Tidak ada istilah :
"Blog ni tiru blog ni"

..................................................................................

"Kenapa logam?"

Kerana logam itu sama cirinya , tetapi berbeza pada fungsinya.

logam yang saya maksudkan betul-betul dalam post saya 
tempoh hari, 
Ya, benar .
Logam yang saya maksudkan itu adalah pemuda.

Kita pemuda.
Kita tak sama umur. 
(tapi kita ada average umur)
Kita tak sama watak.
Kita sama sifat . Kita berdarah panas.
Kita punya hamasah(semangat) yang tidak dipunyai oleh 
peringkat umur yang lain. 

Kata murabbi,
"Mat rempit terdiri daripada orang-orang muda bukan?
Kenapa mat rempit berani nak merempit.
Padahal mereka tahu, merempit tu bahaya?
Tapi, kenapa mereka berani nak buat juga?"

Itulah pemuda. 
Kita sama sifatnya
Namun berbeza fungsinya!

Sekiranya hamasahnya itu digunakan pd 
jalan kebaikan, disertakan dengan 
iradah qawiyah(keinginan yg kuat)
dan diniatkan bukan untuk
kebaikan diri semata mata, 
maka dia akan menjadi logam yang berguna. 
Logam yang mampu berdiri dan bermanfaat buat lautan manusia.

Namun sekiranya hamasahnya itu memang disertai dengan iradah qawiyah, 
namun tidak langsung dapat memberi fungsi, malahan hanya membebankan, 
Ibarat logam yang karat.
Tidak boleh digunakan . Buruk.

"Tapi,  masih boleh reprocess kan, logam karat tu menjadi tidak berkarat balik??"

Pasti bisa ! 
Dan semestinya memerlukan jurutera(murabbi) yang handal.

Mashallah. 
Moga Allah kurniakan anda kefahaman.

Thank you Allah for this opportunity!






No comments:

Post a Comment

I do appreciate every single effort
you put to scroll my posts.
Do comment :)