Sunday, May 18, 2014

Logam


Saya menghadiri suatu konvensyen yang saya kira,
diketahui ramai iaitu YouthAce that is 
Youth Awards, Convention, Exhibition
pada 10 Mei lalu.



Saya memang sangka bahawa yang akan
hadir pada ketika itu , memanglah para pemuda
yang terdiri daripada pelajar, mahasiswa, post-graduator.
Cuma saya belum pernah rasa suasana di mana
saya dikelilingi oleh ramai mahasiswa yang kebanyakannya
memang mahasiswa . Maksudnya bukan orang yang 
tak belajar kat mana-mana la.
Kecuali kami yang berusia 18 tahun ni je haaa.
Tak masuk-masuk U lagi.

Dan saya lihat banyak logam

Say what ??????

...................................................................................

Ketika sesi soal jawab sahaja, 
Mereka memberi soalan yang saya boleh kira 
sebagai 'panjang' dan menggugat.
Soalan yang tidak pernah terfikir mahupun termuncul
dek pemikiran saya.
Dan saya rasa saya tidak boleh berfikir seperti mereka 
kerana soalan yang mereka tanyakan itu,
saya sendiri tak faham. Hah?
Tidak semua. Sebahagian .

Ada juga yang menyuarakan pendapat
sehingga berjela jela yang menampakkan bahawa 
mereka punya wawasan pemikiran yang, Wow!
Tapi soalan pendek aje. Ceh.
Tak syak lagi. Nama pun pemuda.
Darah panas beb. Membara.
Punya saja hujah untuk bersuara dan
mempertahankan sesuatu hak.

Dan mereka itu, para penanya soalan,
membuatkan saya tercengang seraya berfikir,
"Aku akan jadi macam ni juga kot after masuk U nanti"

Hakikatnya saya lihat banyak logam.

Say what???

Lagi-lagi after dah sampaikan awards.
Siapa yang taknak tergolong dalam 
logam-logam yang haibattt?

Saya lihat, negara ini rupanya punya ramai pemuda
yang pemikirannya waras opkosla dan 
masing-masing punya matlamat yang tidak kurang
hebatnya.
Ramai. Sehinggakan saya tak kenal seorang pun
daripada penerima award-award itu.
Nak kata apa? Seluruh Malaysia do participate
which means logam-logam ini terselit dan wujud
di ceruk mana sekalipun.

.......................................................................

Pada sisi lain, 
saya memerhatikan societies yang selalu buat event.
Adalah terlalu banyak. Banyak. Di mana-mana saja
kita boleh join various type of volunteering
kem motivasi, karnival, demonstrasi, flashmob,
usrah.
Yang memang rata-rata yang banyak join adalah
golongan muda.

Dan saya cuba juga menilai pada diri sendiri.
Sudah banyak manakah program yang saya
ceburi?

Namun, itu bukanlah main point utk jadi
logam yang hebat .
Logam hebat , bukan semestinya logam yang
rajin join demonstrasi , volunteering.
Pada saya, itu adalah satu wasilah untuk
terus kenal dengan masyarakat dan menimba 
pengalaman yang pelbagai.

Cuma , 

Usrah tu,

Dia lain sikit la. Yang tu wajib.
Hehe . Sebab ia adalah tarbiyah effektif
seseorang individu Muslim yang outputnya
in sha Allah , camni haa (Y)


................................................................

Kadang kadang , memang timbul perasaan cemburu
dengan insan-insan sekeliling saya yang Allah beri
kesempatan untuk join team ni, team tu, 
project ni, project tu. 
Namun, tetaplah harus ditepis perasaan 
cemburu itu kerana pada saya masing-masing
punya kesempatan yang berbeza yang Allah 
akan beri.
Bukankah Dia Maha Adil?

Dan saya kira, pabila setiap individu itu
punya kesempatan masing-masing yang
Allah anugerahkan,
Bukankah nanti kita akan bentuk suatu jemaah
juga untuk menegakkan Islam.

"La Islam Illa biljamaah"

Jadi, amatlah bagus sekiranya suatu jemaah 
itu punya insan yang mempunyai latar yang pelbagai.
Hatta berasing jemaah sekalipun,
asalkan jemaah-jemaah yang berbeza itu 
punya matlamat dan cita 
yang sama untuk digapai,
yakni redha Allah, 
maka tidak ada masalah untuk ikut mana-mana
jamaah. 

Jadi, memang banyaklah logam yang in sha Allah 
bersedia untuk menegakkan panji agama pilihan
Allah atas muka bumi ini.
Dan harapannya , logam logam ini
punya thaqafah pemikiran yang mantap,
dan tidak futur,
tetap tsabat dan istiqamah atas ranjau DnT ni.
Bukan hanya banyak ikut program, tapi
satu pun tidak hayati dan amal.

Kerana sedikit sahaja yang Allah pilih untuk 
berada atas jalan tarbiyah ini. 
Allah tapis.
Yang masuk memang ramai, tapi yang tsabat(tetap) ?
Yang bertahan ? Yang strong ? Yang tetap ceria walau 
dilanda masalah? 

Tapisan itu bukan sembarangan.
Hati-hati wahai logam !
Saya nak termasuk dalam logam haibat!
Anda pun . Jom ! 


Thank you Allah for this opportunity!






2 comments:

I do appreciate every single effort
you put to scroll my posts.
Do comment :)