Tuesday, July 14, 2015

Joyah joyah yang menjoyah.




Term joyah memang sangat mengena pada insan yang suka "mengumpat"
dan "mengata" orang.

Sebenarnya, aku rasa semua orang pernah terlibat ngejoin team ni. Ada yang setia tak terhingga, ada yang akhirnya bertaubat, ada yang suka mendengar saja dan paling best sekali yang dengar dari group joyah ni and later pergi buat group joyah baru.

Aduh, ini ragam.

Ada juga certain yang tak sedar diri sendiri mengata orang, senang cerita taknak mengaku sebab takut dilabel joyah mungkin.

"...ni bukan nak mengata lah tapi cerita betul. Si samad anak pak mat tu....."

Cakap benda buruk yang betul fasal orang, itu mengata.
Cakap benda buruk yang salah fasal orang, itu mengumpat.

Memang ada firman Allah dalam Al quran , Surah Al Hujurat yang mengibaratkan orang yang mengumpat ni, macam makan daging orang yang diumpat tu.
Bila dah disifatkan sebegitu, memang terang terang menjadi seorang cik joyah ataupun berkawan dengan cik joyah ni, sangat membahayakan kesihatan. 

Paling kejam yang setakat ni aku fikir, 
ialah bila sebenarnya cik joyah ni pergi sebarkan keburukan seseorang ni kat orang lain, tanpa kaji, tup-2 sebenarnya cerita tu tak betul, tak conteng arang kat muka orang ke namanya tu?

Seriously kejam.
Macam kau dah baling taik kat orang tu, 
Lepas tu ajak lagi ramai-2 pergi tambah taik .

Benda ni memang correlate sangat dengan mannerisms and dignity.

Manner kita sebagai manusia, benda ni bukan libatkan agama semata-mata but humanity juga tahu?
Dignity. It's ours and theirs.

Sebab tu, saranan paling baik, 
jangan jadi pendengar, dan jangan jadi penambah perisa.

Aku pernah juga jadi golongan-golongan tu,
Termasuk golongan yang menjauhkan diri daripada kelompok ni.
Sebab memang best kan cari keaalahan orang?
Rasa diri perfect dan orang tu tak perfect.
Saya mohon maaf yang amat sangat kepada insan yang saya pernah umpat.

Itu gunanya tak mendengar langsung.
Dan banyakkan pekakkan telinga bila bertembung makcik makcik joyah ni.
Sumbat lagu.

Dan apa gunanya taubat kalau hanya tau buat?

"kecuali orang-orang yang bertobat dan beriman dan mengerjakan kebajikan, maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang"
(Al Furqan : 70)

Hati-hati.

Dengan makcik-makcik joyah.

Sebab diorang bawa taik.

No comments:

Post a Comment

I do appreciate every single effort
you put to scroll my posts.
Do comment :)