Friday, September 25, 2015

Cerita anak watan yang saya bangga dengannya

Yesterday i went to the bookstore.
Alone. Always alone.Because i thought i need to free my soul ceceh.

Aku ada passion yang pelik-pelik kadang kadang yang aku suka buat.
Sometimes orang takkan cakap benda ni pelik pun sebab ada juga certain orang yang suka buat benda yang sama dengan aku.Cuma, tak ramai.Kot.Antaranya ialah, masuk bookstore.Nak nak kalau bookstore tu apak besaq gaya kinokuniya. Siap provide kerusi / bench untuk free-reading. 

Semalam first time aku keliling seluruh MPH Nu Sentral.
Sampai ke belakang hok yang naik bukit kayu tu cececeh.
Sebelum ni masuk hanya terhad pada rak-rak kat entrance sahaja.
Itupun dek kerana aku dok mencari satu novel yang aku kepingin sangatlah nak baca.

Aku tengok satu review dekat instagram seseorang yang aku minat walaweh,(perlu ke mention?)
tentang satu video pendek keluaran playground production.Team-2 terbaik dari langit juga lah.
Pengarah - Megat Shahrizal. What I adore about this team is the fact that they're once budak asghama. Sudah tentu jiwa depa jiwa aku sikit-sikit kan.

Tapi yang paling buat aku terasa such dekat lagi kan weh, is the fact that video ni fasal budak-budak HO (houseman officers-stage medical student after grad where diorang ikat perjanjian untuk kerja dengan kerajaan for two years then lepas tu,baru bebas kau nak jadi doktor ke tak)
Opkos lah citer-citer doctor ni sangat dekat dengan aku kan? *sila baca post sebelum sebelum ini*. Kalau berminat korang search "budak baru" kat youtube.
Dan lagi-lagi dekat is the fact that penulis skrip video ni ialah Nadia Khan.

Sebelum ni aku anti (tak anti sebenarnya), tak terlalu baca buku fixi, sebenarnya tak baca pun. Tapi aku pernah dengar fasal buku "kelabu" dan nama-nama yang selalu disebut-sebut oleh kawan-kawan aku yang minat fixi ialah Nadia Khan. Later, novel "gantung" pula yang famous. Lagi best, aku pernah dengar ura-ura yang Nadia Khan ni student Medic. Oemgee.

Sebelum aku menemui novel Nadia,
aku sempat singgah ke rak yang dilabel "Local Interest".
Kat situ, semua novel yang ada ialah karya anak tempatan kayy. 

Semalam, ialah satu detik yang mana, aku dapat menghilangkan persepsi buruk aku tentang anak tempatan yang selama ni aku anggap malas membaca, malas menulis, malas mengeluarkan buah fikiran, malas semuanya.

Sebelum ni aku sombong. Aku sombong sebab bila aku pergi kedai buku aku hanya pandang novel-novel international yang bahasanya English. Aku tak pandang langsung rak melayu dan mungkin disebabkan ini juga aku rasa aku dah lama tak pergi pesta buku yang selalunya jual buku-buku melayu. (Kecuali BBW la) Melayu. Melayu gais. Bangsa yang kau selalu kutuk tu. 

Sekarang, ada banyak karya yang dihasilkan yang pada aku, menepati jiwa budak-budak muda, contohnya cara penulisan yang indie, bahasa yang pepepeh kadang macam sh*t, yang masuk lah pada jiwa kita kita yang acah-acah hipster ni kan. Dan siapa kata anak tempatan tak boleh tulis dalam English. Pepepepeh. Aku yang dahsatnya tak tau. Ada banyak cerpen English atau sebenarnya kita panggil "short stories" dan ada yang dah memenangi award dah pun. Ada juga noir . Gais, please, aku pun awal-awal tak tahu noir tu apa. Tapi gais, kalau korang google menatang "noir" ni, you'll impressed la yang orang Melayu mampu hasilkan noir . 

Dan bila cakap fasal buku, aku tahu. Ada juga jenis orang yang tak jejak kedai buku (melainkan sebab nak bau buku-buku baru ceceh), sebab depa dah ada banyak buku kat rumah tapi semua tu tak terbaca pun. Adoi siapa hadapi kes ni ? Angkat tangan tutup ketiak please .

Ada betulnya , plan kita nak habiskan buku yang lama sangat duduk dalam bekas. Tapi bagi aku yang pernah rasakan benda yang sama juga, itu silap aku sebab kenapa aku tak cepat-cepat habiskan baca buku tu lepas aku dapat beli kan? So siapa yang salah sekarang. Then, bila kita sekarang pulun nak baca buku-buku yang dah lama gila kita beli tu, kadang mood tak datang sebab buku tu macam dah out of date and kita pun end up tak membaca langsung. What is going on kan?

Bagi insan marhaen macam aku, kalau aku nak baca buku yang "up to date" tu sekarang, dan aku tak ada buku tu, buku tu akan aku cari sampai jumpa dan baca laju sampai habis. Better kalau nak compare dengan buku yang aku dah lama beli tapi procrastination keep happening. Sebab kebanyakan buku yang aku betul-betul nak baca ni lah, buku yang akan menjadi asbab untuk aku habiskan bacaan tu dan end up aku dapat satu achievement yang bagi hidup aku cukup wow iaitu habiskan buku dalam masa yang singkat. Tepuk. Tangan. Please. Lah.

Dan kena apprecite the fact that buku-buku indie macam ni sekarang semua dicetak guna kertas ala-ala buku English dan saiznya sedikit kecil and it makes them way soo convenient and portable. Siapa kata melayu mundur?

Tambahan lagi, the fact yang kita ni malas sangat nak baca kisah-kisah rakyat dulu-dulu yang banyak tauladan, tak nak baca kajian-kajian yang boleh menjadi bukti, membuatkan penulis-penulis buku indie ni, buat buku diorang lagi precious sebab nak tak nak diorang sebelum tulis tentang sesuatu, mesti diorang kena kaji dan tahu fasal benda tu. Bukan acah-acah main tulis.



Sebenarnya aku nak ajak , untuk kau dan aku tidak asik underestimate kemampuan orang kita dan yang asik kita banggakan hanyalah orang West sana. Kita kutuk hasil seni orang melayu padahal ada yang mampu memajukan cuma kita tak perasan dan mungkin tak tahu dan tak support. Kita kata novel melayu cintan cintun typical drama melayu typical tapi kita masih tengok dan puja siap artis-artis tempatan dan jadi ahli kelab kipas mereka.

Balik tu, aku naik train. Dan aku turun train. Sebelah train station tu betul-betul ada sebuah kampung yang selalu orangnya lalu lalang naik motor dan budak-budaknya naik basikal petang-petang. Aku lambai pada seorang budak dan dia malu-malu. Tarik nafas. Ini Malaysia aku. Tanah tumpah darah aku. It's best to have those writer yang boleh menulis ikut acuan kemelayuan kita. Well to gain knowledge internationally , we read international book. But things come to my concern when I've got te chance of appreciating my own culture and my nation's vibe,  by reading this kind of karya made by anak Malaysia kay. 

Thank God aku kenal rendang, apam, kari, roti canai, hokkien kuew tiaow. 
These elegant dishes make your day , you don't think so?
Plus we have festivals that foster our nations' attitude of being polite when meeting each other.
Nikmat mana lagi yang kau dustakan? 
Eceh.

Dan saya suka akan penulisan anak tempatan. 
Dan saya masih ada hati untuk tinggal di Malaysia.
Dan ini bukan post pro mana-mana pihak. Peace.



Here's few links I hereby for you to watch the videos I think are enhancing enough to commercialize our nation, our culture our vibes our local interest that we've been forgotten. Enjoy people !




1 comment:

  1. yeahh berjaya jumpa blog k.sye yg dah tukr url ni.huhu

    ReplyDelete

I do appreciate every single effort
you put to scroll my posts.
Do comment :)