Wednesday, September 16, 2015

Kisah Aiman


Jarang-jarang aku nak cerita fasal orang lain dalam entry ni.
Tapi harini aku terpanggil ceh untuk bercerita (tolong faham,bukan mengumpat),
Tentang seorang figure yang kini mencipta nama.

That is Aiman Bana.

Hoi, sis bukan nak cerita sebab dia pernah satu sekolah dengan sis.
Sis bukan juga nak cerita sebab dia pernah couple dengan sis.
Sis lagilah bukan nak cerita sebab dia pernah mengurat sis.
Sis lagi lagilah bukan nak cerita sebab dia abang sis, eh?

Sis cerita sebagai seorang wanita normal yang buka instagram dan Twitter dan Facebook dan Blog (sebenarnya baru buka blog harini), dan Google Chrome pa dia tah, yang mana sis pernah juga ban dan bash whoaa ikon-ikon muda seperti beliau yang menyinar membawa identiti daie.

Mungkin betul, sebagai budak yang lahir dari sekolah agama,
Aku tak nafikan langsung, yang aku mugkin tak boleh terima penyampaian dia yang juga mempunyai latar belakang sekolah agama, disebabkan ego budak sekolah agama aku yang sepesen dengan depa-depa yang ada ego yang sama.

My first impression was back during I was 18.
Masa tu Aiman Bana sudah mula bertaring (ceh jangan hiperbola sangat), mendedahkan muka beliau publicly.
Aiman mengaku yang dia sebelum ini memegang identiti inche kopiah yang dulunya famous juga di Twitter dan Facebook.
Aku cukup tak gemar dengan identitinya baik semasa rahsia mahupun tidak pada waktu itu, sebab bagi aku, cara pendekatannya sedikit sebanyak persis Inche Gabbana ataupun blogger Angel Pakai Gucci.

Tiru-tiru.

Itupun semasa aku belum sedar bahawa, pendekatan da’wah tidak punya masalah kalau sama macamana sekalipun antara orang itu dan orang ini.

Sampailah satu saat aku terbaca dalam blog Aiman yang baru, bahawa dia mendedahkan dirinya pada public untuk keberkesanan dakwah.

Bagi aku, jawapan tersebut sangatlah klise dan sungguh buat aku tak berminat.
Lagi-lagi bila Aiman mula post gambar selfie dalam insta, show off yang dia banyak menerima jemputan memberi talk.

Uish, sungguh aku jahat bukan?

Namun, satu hari, aku telah tertonton satu vlog, yang dibikin Aiman dan team beliau.
Kalau tak salah, tajuknya Hijab For Men.
Habis je video, aku conclude yang sebagai seorang perempuan yang keras kepala, aku boleh terima pendekatan Aiman.
Pendekatan, perkongsian daripada anak muda kepada anak muda.
Aku tak rasa menyampah dengan lawak yang dia buat.
Sebenarnya, yang sebelum ni aku dok bash ban dia, sebab aku belum pernah dengar pun setengah inci daripada suara Aiman Bana.
Dan bila sekali aku dah dengar dan boleh terima,
Barulah aku nak ucapkan tahniah dekat Aiman,
Sebab jawapan yang beliau bagi atas soalan, kenapa dia mendedahkan dirinya, adalah sangat boleh diterima akal dan Aiman memang betul-betul buktikan.
Seriously aku cakap semua ni, bukan semata mata rupa dia dan usia dia.
Tapi untuk aku bagitau dekat sesetengah lelaki yang agak ego, bila dia nampak rakan sesebaya dia, dapat buat sesuatu yang cukup besar dan dikenali,
Mulalah diorang comment macam-macam.
Sebagai seorang perempuan, series sis boleh terima.

Hakikat dijunjung lagi apabila Aiman Bana datang ke uni aku.
Nak dikatakan, talk yang selama ni dianjurkan kat dewan pusat tu,
tak pernah dipenuhi orang, tapi malam tu satu penyaksian yang boleh aku kata dahsat, bila ramai gila gila orang yang datang sampai ada yang tak dapat masuk dan duduk kat luar je. Tangga-tangga semua penuh, tak ada seinci ruang pun kat dalam dewan tu yang tak dipenuhi orang kecuali atas pentas.
Even tepi-tepi pentas pun penuh dengan orang.

Aku menulis bukan atas kepentingan mempromote budak yang sebaya aku.

Aiman kata, uni aku ialah tempat yang ke 99 dia hadir untuk bagi talk.
Ya, memang pada muqaddimah pun dia dah kedengaran macam nak riak.
Tapi Aiman selalu tegak dengan hujah yang akan sangkal judgemental orang yang buruk-buruk tentang dia.
Dia kedengaran riak. Tapi sebenarnya, bukan dia nak riak.
Dia cerita, bagi buktikan bahawa budak semuda itu mampu menggalas tugas yang paling koman umur yang boleh galas tugas tu, is about 23-25.

Which is menjadi CEO, pelajar, pendakwah dan suami.

........................................................................

Aku pernah terfikir,
Kenapa masih ada orang yang nak jugak buat vlog, sedangkan Mat Luthfi tetap menjadi pojaan orang?
Kenapa masih ada orang yang nak jugak bertatih pulun belajar fotografi sedangkan photographer tersangatlah ramai kat Malaysia.
Kenapa orang masih nak sibuk-sibuk buat short film padahal banyak gila short film bagus-bagus yang tak setanding masterpiece kita yang amatur ni.

Dan samalah kes macam Aiman Bana.
Kenapa nak kena ada Aiman Bana sedangkan kita dah ada PU Rahmat, Aiman Azlan dan sebagainya?

Jawapan 1 :
Sebab dalam apa-apa jua aspek kerjaya,
Kita mesti ada perintis dan penerus.
Kalau tidak ada pelajar-pelajar yang tengah gigih belajar Medic, siapa pula akan gantikan doktor-doktor yang bakal bersara nanti?
Kalau tidak ada pelajar-pelajar yang pulun siapkan projek dalam studio Archi,
Siapa pula akan terus bina mercu tanda gemilang nanti?
There, you see.

Ada Aiman Azlan ke Aiman Bana ke , mana-mana pun, masih dapat rezeki masing-masing bagi talk sana sini.

Jawapan 2 :
Sebab rezeki Allah ada untuk orang-orang yang memperjuangkan sunnah terbesar Rasulullah S.A.W.
Iaitu dakwah.

..............................................................

To sum up,

Aiman Bana muncul sebagai orang muda yang gaya bahasanya sempoi dan boleh diterima ramai.
Lawak yang bersahaja dan tak mengguris perasaan.
Kalau diikutkan point-point Aiman Bana sangat dekat dengan jiwa remaja.
Dia faham sebab dia juga masih remaja, dan melalui penceritaannya,
Memang dia bukan pakai cakap.
Tapi dia cakap berdasarkan pengalaman dan ilmu.

Mungkin atas sebab itu, dia banyak dijemput even ke sekolah-sekolah untuk bagi talk sebab surely akan tersentap jugak kat situ.



Maafkan sis yang dah lama tak menulis.
Sekali menulis apak hambar.










6 comments:

I do appreciate every single effort
you put to scroll my posts.
Do comment :)