Jarang-jarang aku nak
cerita fasal orang lain dalam entry ni.
Tapi harini aku
terpanggil ceh untuk bercerita (tolong faham,bukan mengumpat),
Tentang seorang figure
yang kini mencipta nama.
That is Aiman Bana.
Hoi, sis bukan nak
cerita sebab dia pernah satu sekolah dengan sis.
Sis bukan juga nak
cerita sebab dia pernah couple dengan sis.
Sis lagilah bukan nak
cerita sebab dia pernah mengurat sis.
Sis lagi lagilah bukan
nak cerita sebab dia abang sis, eh?
Sis cerita sebagai
seorang wanita normal yang buka instagram dan Twitter dan Facebook dan Blog
(sebenarnya baru buka blog harini), dan Google Chrome pa dia tah, yang mana sis
pernah juga ban dan bash whoaa ikon-ikon muda seperti beliau yang menyinar
membawa identiti daie.
Mungkin betul, sebagai
budak yang lahir dari sekolah agama,
Aku tak nafikan
langsung, yang aku mugkin tak boleh terima penyampaian dia yang juga mempunyai
latar belakang sekolah agama, disebabkan ego budak sekolah agama aku yang
sepesen dengan depa-depa yang ada ego yang sama.
My first impression
was back during I was 18.
Masa tu Aiman Bana
sudah mula bertaring (ceh jangan hiperbola sangat), mendedahkan muka beliau
publicly.
Aiman mengaku yang dia
sebelum ini memegang identiti inche kopiah yang dulunya famous juga di Twitter
dan Facebook.
Aku cukup tak gemar
dengan identitinya baik semasa rahsia mahupun tidak pada waktu itu, sebab bagi
aku, cara pendekatannya sedikit sebanyak persis Inche Gabbana ataupun blogger
Angel Pakai Gucci.
Tiru-tiru.
Itupun semasa aku
belum sedar bahawa, pendekatan da’wah tidak punya masalah kalau sama macamana
sekalipun antara orang itu dan orang ini.
Sampailah satu saat
aku terbaca dalam blog Aiman yang baru, bahawa dia mendedahkan dirinya pada
public untuk keberkesanan dakwah.
Bagi aku, jawapan
tersebut sangatlah klise dan sungguh buat aku tak berminat.
Lagi-lagi bila Aiman
mula post gambar selfie dalam insta, show off yang dia banyak menerima jemputan
memberi talk.
Uish, sungguh aku
jahat bukan?
Namun, satu hari, aku
telah tertonton satu vlog, yang dibikin Aiman dan team beliau.
Kalau tak salah,
tajuknya Hijab For Men.
Habis je video, aku
conclude yang sebagai seorang perempuan yang keras kepala, aku boleh terima
pendekatan Aiman.
Pendekatan,
perkongsian daripada anak muda kepada anak muda.
Aku tak rasa menyampah
dengan lawak yang dia buat.
Sebenarnya, yang
sebelum ni aku dok bash ban dia, sebab aku belum pernah dengar pun setengah
inci daripada suara Aiman Bana.
Dan bila sekali aku
dah dengar dan boleh terima,
Barulah aku nak
ucapkan tahniah dekat Aiman,
Sebab jawapan yang
beliau bagi atas soalan, kenapa dia mendedahkan dirinya, adalah sangat boleh
diterima akal dan Aiman memang betul-betul buktikan.
Seriously aku cakap
semua ni, bukan semata mata rupa dia dan usia dia.
Tapi untuk aku bagitau
dekat sesetengah lelaki yang agak ego, bila dia nampak rakan sesebaya dia,
dapat buat sesuatu yang cukup besar dan dikenali,
Mulalah diorang
comment macam-macam.
Sebagai seorang
perempuan, series sis boleh terima.
Hakikat dijunjung lagi
apabila Aiman Bana datang ke uni aku.
Nak dikatakan, talk
yang selama ni dianjurkan kat dewan pusat tu,
tak pernah dipenuhi
orang, tapi malam tu satu penyaksian yang boleh aku kata dahsat, bila ramai
gila gila orang yang datang sampai ada yang tak dapat masuk dan duduk kat luar
je. Tangga-tangga semua penuh, tak ada seinci ruang pun kat dalam dewan tu yang
tak dipenuhi orang kecuali atas pentas.
Even tepi-tepi pentas
pun penuh dengan orang.
Aku menulis bukan atas
kepentingan mempromote budak yang sebaya aku.
Aiman kata, uni aku
ialah tempat yang ke 99 dia hadir untuk bagi talk.
Ya, memang pada
muqaddimah pun dia dah kedengaran macam nak riak.
Tapi Aiman selalu
tegak dengan hujah yang akan sangkal judgemental orang yang buruk-buruk tentang
dia.
Dia kedengaran riak. Tapi
sebenarnya, bukan dia nak riak.
Dia cerita, bagi
buktikan bahawa budak semuda itu mampu menggalas tugas yang paling koman umur
yang boleh galas tugas tu, is about 23-25.
Which is menjadi CEO,
pelajar, pendakwah dan suami.
........................................................................
Aku pernah terfikir,
Kenapa masih ada orang
yang nak jugak buat vlog, sedangkan Mat Luthfi tetap menjadi pojaan orang?
Kenapa masih ada orang
yang nak jugak bertatih pulun belajar fotografi sedangkan photographer
tersangatlah ramai kat Malaysia.
Kenapa orang masih nak
sibuk-sibuk buat short film padahal banyak gila short film bagus-bagus yang tak
setanding masterpiece kita yang amatur ni.
Dan samalah kes macam
Aiman Bana.
Kenapa nak kena ada
Aiman Bana sedangkan kita dah ada PU Rahmat, Aiman Azlan dan sebagainya?
Jawapan 1 :
Sebab dalam apa-apa
jua aspek kerjaya,
Kita mesti ada perintis
dan penerus.
Kalau tidak ada
pelajar-pelajar yang tengah gigih belajar Medic, siapa pula akan gantikan
doktor-doktor yang bakal bersara nanti?
Kalau tidak ada
pelajar-pelajar yang pulun siapkan projek dalam studio Archi,
Siapa pula akan terus
bina mercu tanda gemilang nanti?
There, you see.
Ada Aiman Azlan ke Aiman
Bana ke , mana-mana pun, masih dapat rezeki masing-masing bagi talk sana sini.
Jawapan 2 :
Sebab rezeki Allah ada
untuk orang-orang yang memperjuangkan sunnah terbesar Rasulullah S.A.W.
Iaitu dakwah.
..............................................................
To sum up,
Aiman Bana muncul
sebagai orang muda yang gaya bahasanya sempoi dan boleh diterima ramai.
Lawak yang bersahaja
dan tak mengguris perasaan.
Kalau diikutkan point-point
Aiman Bana sangat dekat dengan jiwa remaja.
Dia faham sebab dia
juga masih remaja, dan melalui penceritaannya,
Memang dia bukan pakai
cakap.
Tapi dia cakap
berdasarkan pengalaman dan ilmu.
Mungkin atas sebab
itu, dia banyak dijemput even ke sekolah-sekolah untuk bagi talk sebab surely
akan tersentap jugak kat situ.
Maafkan sis yang dah
lama tak menulis.
Sekali menulis apak
hambar.
Ehh tak hambar pun kak sye.. Ngehehe
ReplyDeletengehehe.
Deletei wanna know who is aiman banna. dulu sekadar angin lalu jeee :3
ReplyDeleteHe has Twitter Insta maybe you can follow him :)
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSuke
ReplyDelete